꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"POM!!"
"Kenapa dengan Jimi?"
"Mana la saya tahu ahjusshi. Saya masuk rumah dia dulu eh" pinta Sungchan sopan lalu dia keluar dari kereta dan ikut belakang Jimi.
"POM!!" lagi sekali Jimi menghentam pintu dengan kuat. Kali ini pintu rumah. Terhinjut bahu Sungchan kerana terkejut.
"Kenapa dia emosi gila siot?! Period ke?" dada Sungchan disapu untuk menenangkan jantungnya yang berdegup laju.
"Anneyong Jimi!!!" sapa Minhyung yang berada di ruang tamu. Tapi dirinya dipalau 100%. Sedikit pun Jimi tidak membalas.
"Jimi, kau kenapa ni?" tanya Taeyong yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
"Jangan sebok. Aku nak masuk bilik aku kejap" bahu Taeyong ditolak perlahan dan dia terus melangkah naik ke atas.
Jimi terlupa sesuatu. Ada seseorang yang masih berdiri tegak depan pintu sambil mulutnya ternganga luas.
"Kau siapa?" tegur Dong Young yang daripada tadi memerhati lelaki tiang ini. Dia juga berada di ruang tamu bersama Minhyung.
"Ak-aku ka-kawan Jimi" jawabnya gagap. Takut jugaklah sebab ada ramai lelaki dalam rumah ini. Setahu dia Jimi anak tunggal dan tinggal seorang diri.
"Meh la duduk sini" ajak Jungwoo seraya menepuk tempat duduk atas sofa bersebelahan dengannya.
Sungchan dengan lambatnya dia menuju di mana tempat kosong tadi. Sekarang ni dia sudah dikerumuni oleh sembilan orang lelaki.
Air liurnya ditelan kasar seraya mengelap peluh yang mengalir pada dahinya.
"Kau series la kawan Jimi?" secara perlahan Sungchan menganggukkan kepalanya untuk menjawab soalan Taeyong.
"Dia ni ada tak semalam?" tanya Taeil.
"Aku rasa tak de. Sebab aku tak nampak pulak dia ni. Aku ingat muka yang ada semalam" kata Donghyuck yakin.
"Cuba kau berdiri kejap" arah Young Ho dan Sungchan terus berdiri tanpa bantahan.
"Pergh, aku dah jumpa orang yang sama tinggi dengan aku la!! Tinggi jugak eh kau!" bahu Sungchan ditepuk kuat oleh lelaki berbadan sasa itu. Sungchan hanya mampu tergelak kecil sambil menggaru kepalanya.
Tidaklah seram mana mereka ni. Sangkaannya salah. Dia fikir mereka ni akan psycho dirinya. Rupanya tidak.
"Korang ni abang-abang Jimi ke?" tanya Sungchan membuka bicara.
"Tak. Kami ni penumpang je" jawab Yoon Oh.
"Penumpang? Maksudnya-"
"Woi Sungchan. Jom kita buat dekat luar. Angin sejuk sikit" sampuk Jimi yang baru sahaja turun dari atas. Baju sekolahnya sudah ditukar kepada baju harian.