𝕕𝕦𝕒 𝕡𝕦𝕝𝕦𝕙 𝕝𝕚𝕞𝕒☀︎︎

111 25 0
                                    


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂



"Mimi, malam ni kawan eomma appa nak datang"

"Datang sini ke eomma?" Pn. Song anggukkan kepalanya.

"Mimi kenal tak kawan eomma tu?"

"Mesti la kenal. Kawan baik eomma la. Anak dia deng—"

"Aunty Lee ke?" sampuk Jimi dan Pn. Song hanya anggukkan kepalanya. Gadis itu terus meletak chopstick nya dan menguak rambutnya kebelakang.

Yang lain hanya memerhati kelakuan gadis itu yang berubah secara tiba-tiba.

"Eomma anak dia datang tak?"

"Mesti la datang. Macam selalu"

"Ish" desis Jimi rimas seraya mengerutkan dahinya. Dia tak suka benda ni dan dia rasa nak lari rumah malam ni je.

"Kenapa Mimi? Je—"

"Jangan mention nama dia appa. Mimi jijik nak dengar" sifat lembut gadis itu terus berubah bila nama lelaki itu diseru seseorang. Dia paling benci dengar nama tu.

"Mimi dah tak nak makan. Korang makan la" Jimi bangun dari duduk dan melangkah naik ke tingkat atas.

"Kenapa tu? Korang tahu tak kenapa?" tanya En. Song pada mereka yang masih menghantar pandangan Jimi pergi.

"Tak tahu. Selama ni tak de pulak dia jadi macam tu" tutur Yoo tae membalas persoalan En. Song.

"Hyuck dah kenyang. Hyuck naik atas dulu eh" Haechan terus naik ke atas tanpa menunggu balasan sesiapa pun.

Dia rasa dia tahu sebab apa gadis itu benci akan lelaki itu. Hanya dia seorang sahaja yang tahu kisah benar dan niatnya ingin memujuk gadis itu.

"Jimi aku masuk eh" selepas berkata Haechan terus masuk dan ambil tempat di sebelah Jimi yang duduk di atas katil sambil bersila.

"Gwenchana?" Jimi tidak membalas dan hanya merenung lantai biliknya.

"Jimi, jangan la macam ni" rengek Haechan lalu dia menarik dagu gadis itu lembut menghadap dirinya.

Matanya berkaca menahan tangisan yang bakal sahaja pecah disebabkan pujukan manja dari lelaki kesayangannya.

"Malam ni kau duduk dengan aku je eh" Jimi anggukkan kepalanya dan membenamkan mukanya pada dada lelaki itu.

"Aku benci dia Haechan. Kenapa dia selalu je muncul depan aku. Aku tak suka" Haechan hanya mendengar luahan gadis itu sambil menangis dalam pelukannya.

"Dah jangan nangis eh. Aku ada untuk kau" Haechan menarik muka gadis itu dan pelukan mereka mula terlerai.

Mata mereka saling bertembung dan Haechan mengelap sisa air mata yang berada pada pipi gadis itu. Dia memberanikan diri untuk dekatkan wajahnya dengan gadis itu. Matanya tidak lepas dari melihat bibir merah jambu milik Jimi.

 ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏWhere stories live. Discover now