𝕥𝕚𝕘𝕒 𝕡𝕦𝕝𝕦𝕙 𝕤𝕖𝕞𝕓𝕚𝕝𝕒𝕟☀︎︎

102 29 3
                                    


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂






"Jom balik rumah appa nak?"

"Boleh je. Nak tengok jugak rumah appa macam mana" kata Yuta dan En. Byungchul atau lebih tepat ayah kandung mereka tersenyum suka.

"Appa, mana muat nak sumbat kami semua dalam satu kereta ni" rungut Doyoung selepas dia membuka pintu kereta. Keretanya lebih kurang kereta Sungchan je.

Mana taknya, kereta ni hanya muat untuk 8 orang sahaja kalau dimasukkan sekali tempat seat pemandu dan sebelahnya. Lagi 2 orang nak campak mana?

"Apa kata, Taeil hyung dengan Hyuck duduk dalam bonet kereta" cadang Taeyong dan dua ketul itu terus membantah.

"Kenapa Hyuck pulak!"

"Eh, aku paling tua. Hormat sikit"

"Sebab korang 2 kecik lagi dari kami. Beralah la"

"Tch, jom Taeil hyung. Kita balik naik bas je" ajak Haechan pasrah dan Taeil anggukkan kepalanya setuju.

"Eh, apa pulak naik bas. Kamu dua duduk la atas riba sesiapa. Rumah appa tak de la jauh mana. Kejap je"

Haechan dan Taeil jelirkan lidah mereka dengan serentak lalu high five sesama sendiri.

"Aku duduk dekat atas riba Taeyong" Taeil sudah gelak jahil bila Taeyong menghentak kakinya tidak puas hati.

"Hyuck, meh duduk sini" panggil Johnny manja sambil menepuk pehanya. Haechan tersenyum lalu duduk di atas riba Johnny.

——————✯✯✯✯——————

"Appa, ni ke rumah appa?" kata Haechan dengan teruja selepas dia masuk ke dalam rumah itu.

"Yep, ni la rumah baru appa"

"Rumah baru?" Byungchul melihat Jaehyun sekilas lalu tersenyum.

"Sebelum ni appa tak duduk sini. Appa dulu duduk dekat daerah Busan. Baru je pindah sini bulan lepas"

"Appa pindah sini sebab kerja?" Byungchul menganggukkan kepalanya untuk menjawab pertanyaan Yuta.

"Hyung, kalau hyung—"

"Kau panggil sape sebenarnya?" celah Doyoung.

"Semua hyung" balas Haechan dan dia sambung ceritanya yang tergendala tadi.

"Kalau hyung semua nak tahu. Hyuck dah banyak kali jumpa dengan appa. Cuma Hyuck je tak dapat cam"

"Yelah, appa pun tak dapat cam muka anak sendiri. Kamu dah besar, lain sangat muka. Comel macam eomma kamu" puji Byungchul sambil memulas pipi anak bongsunya yang tembam itu.

 ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏWhere stories live. Discover now