𝕕𝕦𝕒 𝕡𝕦𝕝𝕦𝕙 𝕕𝕦𝕒☀︎︎

119 25 6
                                    


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂


"Awal sampai"

"Sakitlah bangang" Jimi memegang kepalanya selepas mendapat jentikan pedih dari Sungchan.

"Alolo shian dia ye" Sungchan sengaja menyerabaikan rambut gadis itu yang tadi masih kelihatan terurus. Usikannya itu membuatkan Jimi ingin membunuh lelaki ini sekarang.

"Penat tahu tak nak sikat rambut aku ni! Kau ni memang nak mati awal ke?!" dengan geramnya gadis itu pula menyerabaikan rambut Sungchan.

Sungchan hanya membiarkan gadis itu melepaskan amarahnya. Salah dia juga sebab buat emosinya membuak.

"Tch, aku bagitahu Haechan yang kau buli aku. Mampus kau!"

"Haechan? Siapa tu? Aku kenal ke?"

"Oh lupa pulak. Ala yang Donghyuck tu la. Aku panggil dia Haechan"

"Aahhh yang gelap sikit dari abang-abang dia tu ke?"

"Yep, comel kan dia tu"

"Tch, aku comel lagi"

"Kau comel? Heh, perasan siot. Anjing jiran aku comel lagi dari kau"

"Kau bandingkan aku dengan anjing jiran kau?"

"Yep, dikira baik tau aku bandingkan kau dengan anjing. Ke kau nak aku bandingkan kau dengan babi jiran kampung aku?"

"Jiran kampung pulak! Lepas ni jiran mana pulak? Jiran sawah kau? Jiran kandang kau? Jiran moyang kau?"

"Jiran kau la. Anak lelaki dia sumpah la hensem bodoh! Pergh, melting aku"

"Eh sejak bila jiran aku ada anak lelaki? Setahu aku dia mana ada anak lagi sebab baru kawin. Ha sudah, kau rembat anak teruna mana tu?"

"Siot la kau ni Sungchan. Jangan la bagi aku malu. Biar la aku nak berangan sat"

"Otak la kau. Dah diam, aku nak tidur. Kalau kau kacau aku, esok kau jadi janda"

"Woi aku kawin pun tak lagi. Nak suruh aku jadi janda. Sawan ke?"

"Aku kata senyap kan. Nak aku buat betul-betul ke?"

"Kau nak buat macam mana?"

"Sekarang jugak kita kawin, esok aku ceraikan kau. So, secara automatik kau akan jadi janda sendu"

"Bongok" Jimi menunjal dahi Sungchan yang mengusik dirinya dari tadi lagi. Sabar je la dengan lelaki gila ni.

Sungchan pun meletakkan kepalanya atas meja dan Jimi merenung ke luar kelas. Seperti biasa, pemandangan padang sekolahnya yang kelihatan sedikit tenang apabila di pagi hari.

 ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏWhere stories live. Discover now