꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
ringankanlah jari anda menekan bintang tu..ye yop!
"WOI DONG YOUNG HYUNG BANGUN!!"
"GIVE ME 5 MINUTES!!"
"KAU CAKAP APA TU GILA?!"
"BAGI AKU LAGI 5 MINIT LA BONGOK!!"
"KAU YANG BONGOK SEBAB CAKAP BAHASA ASING!! MEMANG AKU TAK FAHAM LA!!"
"LAIN KALI BELAJAR!! BUKANNYA TIDUR MAKAN, MAKAN TIDUR!!"
"KAU PA—"
"Apa bising pagi-pagi buta ni?"
"Pagi buta apanya hyung. Sekarang dah pukul 9 tahu tak. Bukannya pukul 5" bebel Donghyuck sambil menunding jari pada jam dinding.
Taeyong hanya menggarukan kepalanya sambil menonyoh anak matanya kerana dia pun baru bangun dari alam mimpi.
"Mana Jimi?" soal Taeyong pula. Donghyuck membalas dengan mengangkat kedua belah bahunya.
"Yang lain dah bangun ke?"
"Dah, semua tengah makan dekat bawah. Hyung dengan Dong Young hyung je tak bangun tidur lagi"
"Siapa masak?" banyak betul soalan Taeyong ni. Donghyuck menarik nafas lalu lepas dengan kuat.
"Yoon Oh hyung"
"Kau ba—"
"Soalan ditutup. Tiada pertanyaan lagi. Hyung pergi mandi dulu lepastu baru turun makan"
Donghyuck menolak badan lelaki itu kasar sehingga masuk semula ke dalam biliknya. Terasa geram pula bila banyak sangat soalan nak kene jawab.
Yang buat emosinya semakin tercabar bila abang kelimanya masih tidak sedarkan diri. Dengkuran halusnya kedengaran sampai hadapan muka pintu biliknya.
"Aku penat bongok nak kejut dia ni. Kalau Taeil hyung tak paksa aku, tak de nya aku nak bazirkan tenaga aku dekat dia ni je" kakinya melangkah masuk ke dalam dan dengan sengaja dia hentak kaki dengan kuat.
Tepukan kuat bergema dalam bilik tersebut untuk menyedarkan orang yang sudah separuh mati. Tidak sedarkan diri. Tapi hampa, tiada tanda-tanda langsung lelaki ini sudah tersedar dari lena.
"Dia ni aku rasa nak campak je dalam gaung. Kalau aku bakar tilam ni, dia sedar tak?" mula dah idea jahat Donghyuck. Senyuman sinis ditayangkan lalu dia masuk ke dalam bilik air.
"Kalau bukan api, aku main air" terdapat dua cebok pada tangan lelaki itu dan juga dipenuhi air. Gelak tawanya bergema satu bilik ini tetapi abangnya tetap tidak sedarkan diri.