꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Kamu nak pergi mana tu, Jimi?" tegur seseorang. Jimi pusing kebelakang untuk melihat figura yang menegurnya. Suara ni macam pernah dengar.
"Eo-eoh Jeon saem. Terkejut saya. Saem buat apa dekat sini?"
"Eh saya tanya kamu, kamu tanya saya balik. Dah pergi masuk kelas, sekarang ni masa saya tau. Kamu nak ponteng ke?"
"Mana ada saem. Tak baik tau tuduh saya buat benda macam tu. Saya ni budak baik tau"
"Ha yelah, pujilah diri sendiri. Cepat masuk sebelum saya denda kamu"
"Tapi saem saya nak—"
"Nak apa? Nak kene denda?"
"Ala saem, saya nak—"
"Ah tak de tak de. Masuk sekarang sebelum saya rampas sampul coklat kamu tu"
Jimi memeluk sampul surat itu sambil mencebikkan bibirnya lalu dia melangkah masuk ke dalam kelasnya.
"Jimi!!!"
"Ha Sungchan, kamu pun nak ponteng ke?" tegur Jeon Saem selepas dia melihat lelaki itu ingin berlari pecut ke hadapan.
"Mana ada saem. Saya nak cari Jimi"
"Kamu buat apa nak cari dia. Dia ada dalam kelas tu. Dah masuk cepat, jangan bazirkan waktu saya"
"Arasseo" Sungchan masuk ke dalam kelasnya dan kelihatan Jimi sedang merenung ke luar tingkap.
——————✯✯✯✯——————
"Mimi kamu tak nak makan dulu ke?" soal Pn. Song bila dia melihat anaknya berlari anak naik ke tingkat atas.
"Tak nak, Mimi tak lapar lagi" gadis itu terus masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu agar tidak terganggu oleh sesiapa.
Beg sekolah dicampak depan almari sebelum dia mengambil sampul surat itu. Katil dituju lalu dia baring sambil membuka sampul itu.
"Surat apa ni?" gumamnya sendirian seraya membawa keluar beberapa helai kertas yang ada di dalam sampul itu.
"Taeil? asal ada nama diaorang?" dia mengambil kertas itu lalu dibacanya dalam hati.
TAEIL
Terima kasih selama 6 bulan ni. Kau adalah manusia yang paling baik yang aku pernah jumpa. Thank you again.