𝕥𝕚𝕘𝕒 𝕓𝕖𝕝𝕒𝕤☀︎︎

161 29 6
                                    


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂







"Jimi! Aku lapar la!" rengek Young Ho sambil main golek golek atas katil aku.

"Kejap. Bagi aku habiskan kerja ni dulu. Lagi 2 soalan je ni ha" tangan aku pantas membuat jalan kerja untuk menyelesaikan masalah kbat matematik ni.

"POM!!"

"JIMI!!! LAPAR!!!"

"YAH MINHYUNG!! KAU HENTAK PINTU TU DAH KENAPA?! TERKEJUT AKU BODOH!"

"Kita lapar la" Minhyung mencebikkan bibirnya lalu dia baring di sebelah Young Ho yang masih main golek golek di atas katil aku.

"Ye sabar kejap. Sikit je lagi ni ha. Aku pun lapar. Eh jap mana Dong Young?"

"Ada de—"

"Aku dekat sini"

"Ish, bagi la aku habis cakap dulu. Kau fikir hot ke sandar dekat dinding lepastu silang tangan. Macam lalat pulak aku tengok" kutuk Young Ho dan Minhyung gelak besar sambil memukul bahu Young Ho kuat.

Bingit telinga aku bila dengar budak tembikai ni gelak. Aku lihat Dong Young sudah hilangkan diri. Kepala digeleng dan sambung selesaikan masalah.

"Okay dah siap. Kkaja, makan" ajak aku dan mereka berdua terus pecut turun bawah.

Kerusi bersebelahan dengan Jungwoo aku duduk. Makanan sudah dihidang di atas meja makan. Tunggu nak melahap je.

"Kenapa korang tak makan je? Lain kali tak payah la tunggu aku" ujar aku bila keadaan senyap.

"Kami ikut adat keluarga. Kalau nak makan mesti kene kumpul semua orang dan baru boleh makan" mulut aku membulat tanda faham akan terangan Taeyong.

Selepas makanan habis licin disapu. Kaki aku bergegas naik ke atas untuk masuk ke dalam bilik.

Katil tempat baringan aku dan siling bilik jadi tempat renungan aku. Keluhan berat dilepaskan dan aku duduk dengan posisi bersila di atas katil.

Laci meja aku buka dan terkeluar satu poloroid yang aku amat benci. Aku capai dan merenung melihat gambar itu. Ada dua manusia sedang tersenyum lebar sambil berpelukan erat.

"Tch, aku bodoh sebab percaya kau lelaki tak guna. AKU BENCI KAU LEE JENO!!" ucap aku ikhlas dan gambar itu aku renyuk lalu dicampak merata. Otak aku serabut memikirkan lelaki itu.

Bantal aku peluk erat dan titisan air mata jatuh mengalir di pipi. Katil tempat tumbukan aku untuk melepaskan geram.

"Huh, aku penat" keluhan dihembus kuat dan aku baring sambil memeluk bantal.

 ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏWhere stories live. Discover now