Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Taeil hyung" panggil Taeyong. Taeil berhenti melakukan kerjanya dan menoleh ke arah adiknya.
"Hyung, hari ni dah dikira 4 bulan la kan?"
"Hm, ye eh? Kejap hyung nak tengok calendar. Setahu hyung memang kita dah 4 bulan dekat dunia ni"
Taeil membuka laci mejanya dan dia menyelak sehelai demi sehelai calendar itu sambil jarinya seperti sedang mengira hari.
"Betul ke hyung?" Taeil melihat Taeyong seketika lalu dia mengangguk kepalanya.
"4 bulan kita dekat sini tapi satu benda pun kita tak jumpa pasal appa dengan eomma" keluh Taeyong lalu dia duduk di atas katil yang empuk itu. Taeil melepaskan keluhan beratnya sambil melihat adiknya.
"Donghyuck mana?" soal Dong Young tiba-tiba yang baru sahaja munculkan dirinya dalam bilik itu.
"Mana ada dekat sini. Dalam bilik dia tak de ke?" Dong Young gelengkan kepalanya untuk menjawab soalan Taeil.
"Banyak kali aku perasan yang budak tu kerap sangat keluar. Dah la keluar tak ajak" rungut Taeyong lalu dia baring sambil mendepakan kedua belah tangannya.
"Korang ada nampak Minhyung tak?" sergah lagi seorang yang tidak diundang. Mereka melirik ke arah Yoo Tae yang sedang menarik nafas laju.
"Hyung dari mana ni?" soal Dong Young sambil menenangkan abangnya yang sudah kepenatan seperti baru habis marathon.
"Cari Minhyung la. Penat aku cari dia satu rumah ni aku pusing. Tapi tak de pun"
"Aku rasa la kan. Mereka berdua keluar rumah" teka Taeil sambil mengecilkan anak matanya.
"Ha korang nak keluar ke?! Nak ikut!!" jerit Young Ho selepas dia menolak Dong Young ke tepi. Terjatuh arnab tu menyembah lantai.
"Sakitlah sial!" carut Dong Young geram seraya menepuk punggung nya yang sakit.
"Tak payah nak mengada. Duduk je rumah diam diam. Kalau nak kene culik, pergi la keluar" lirih Yoon Oh pula. Makin lama semua orang akan mengerumuni bilik itu.
"Tapi Donghyuck dengan Minhyung keluar. Diaorang nak kene culik ke?" tanya Yoo tae gelabah. Dia risau adiknya akan diculik oleh manusia lalu dijual organ yang berharga.