꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"AAAAAAA!!!!"
"HAAAAAAAA!!!!"
"KIYOWOKKKK!!!!"
"BISINGLAH!!!"
Aku sumbat iphone aku dalam laci meja. Alarm tak rilek gila. Suara Haechan bergema ruang bilik tidur aku.
Aku duduk seraya regangkan sedikit badan. Penat lelah aku semalam sebab melayan kerenah sembilan ketul bidadara.
Aku lihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 6:40 pagi. Terbeliak anak mata aku.
"Hari ni isnin! Aku dah lambat!"
Aku capai tuala lalu masuk ke dalam tandas sampai terlupa nak kunci pintu. Halah, bukannya ada orang nak terjah pun.
"JIMI!!"
"YAH! YAH! YAH! KELUAR! KELUAR!" gelabah aku. Pantas jari aku kunci pintu tandas itu. Sape main masuk tu memang bahalol.
Pagi pagi dah buat aku jerit. Harey betul manusia tu.
Dah siap lengkap dengan baju sekolah. Aku berlari turun ke bawah. Hampir nak jatuh tapi cepat cepat cover bila ternampak Minhyung berada di dapur.
"Eh Minhyung, awal bangun?"
"Terbangun sebab bunyi bising dekat bilik kau tadi la"
"Kau ke yang masuk bilik aku tadi?"
"Haah" aku pandang tajam wajah selambanya.
"Bukannya aku sengaja. Aku fikir kau ada masalah ke kan. Sebab tu aku main terjah je"
"Ehm tak pe la. Selamat kau jerit nama aku. Kalau tak memang. Haih, aku tak sanggup nak habiskan ayat aku"
"Ni kau nak pergi mana?" Minhyung lihat aku dari atas sehinggalah bawah.
"Sekolah. Aku dah lewat ni. Aku pergi dulu. Duduk diam diam dekat rumah tau! Jangan nak keluar sesuka hati!"
Baru je nak buka pintu tiba-tiba Minhyung panggil aku lagi.
"Kenapa?!"
"Aku lapar la!!!" aku la mamat ni. Lapar masak la sendiri. Aku dah lewat ni. Tak de mase nak tolong masak.
"MASAK LA SENDIRI! ADA BAHAN DALAM PETIS SEJUK! KAU CARI JE!"
"ARASSEO!"
Aku dah tak sempat nak sarung kasut. Aku ambil lalu berlari masuk ke dalam kereta.
"Ahjusshi palli!" aku tepuk bahunya kuat dan dia terus pecut tekan minyak. Ni kes nak mati awal rasanya.
"Bye ahjushhi!" aku hempas pintu kereta dan lari pecut masuk pagar. Sikit lagi aku hampir nak kene tibai dengan pengawas bertugas.