Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Gumawo Sungchan sebab hantarkan kitaorang" ujar Jimi lalu dia menutup pintu kereta. Sungchan menurunkan tingkap keretanya untuk melambai tanda selamat tinggal.
Jimi meluru masuk ke dalam rumahnya. Dia orang terakhir masuk. Keluhan berat dilepaskan lalu dia melangkah naik ke tingkat atas.
Selesai sahaja bersihkan diri, Jimi keluar dari biliknya dan meluru ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering.
"Jimi" panggil seseorang dan hampir sahaja gadis ini tersembur dek terkejut akan sergahan lelaki itu.
"Kau ni Minhyung. Terkejut aku"
"Mianhae, tak sangka kau boleh terkejut" Mark menggaru kepalanya seraya tergelak kecil.
"Kenapa?" soal Jimi dan mereka berdua duduk di meja makan.
"Kau tak nak pujuk Hyuck ke?" Jimi melihat wajah lelaki ini sekilas sebelum dia merenung pandang meja.
"Kau ni ego la. Pergi je la pujuk dia. Aku tengok dia daripada tadi lagi termenung"
"Aku bukannya tak nak pujuk tapi aku tak pandai"
"Sebab tu la aku suruh kau cuba. Cuba la dulu mana tahu dia maafkan kau ke kan? Belum cuba belum tahu"
"Arasseo, nanti aku pujuk dia"
"Nanti tu bila? Tahun depan?"
"Malam ni la. Kau ni tak rilek la"
"Aku abang dia. Aku cuma risau je dekat dia. Last dia kuat termenung pun mase dia dapat tahu eomma appa kami hilang"
"Kejap, aku nak tanya. Eomma appa korang dah jumpa ke?"
"Kalau dah jumpa tak adanya kami ada dekat rumah ni dah"
"Em yelah. Aku naik atas dulu"
"Haa! Jangan lupa pujuk pulak! kami ni tinggal sebulan je lagi dekat sini. Luangkan la masa dengan elok" suaranya makin lama makin perlahan. Dia tak nak cakap kuat ayat yang terakhir. Risau gadis ini tidak boleh terima dengan kenyataan.