꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Weh Jimi, kau tak nak cerita dekat aku ke?" sergah Rae woo tiba-tiba. Bahunya aku tepuk kuat sehingga dia mengaduh kesakitan.
"Balasan sebab kau terkejutkan aku"
"Cepatlah cerita" paksa Rae woo seraya mengoncang bahu aku kuat.
"Cerita apa ni gila?!"
"Siapa lelaki yang datang dengan kau semalam tu?"
Damn, tangan aku terus berhenti dari terus menulis. Kenapa aku boleh lupa pasal ni? Kalau tak, dah boleh dah aku bina ayat semalam.
"Wey, kau menung apa?!" lagi sekali bahu aku digoncang kuat oleh perempuan gila ni.
"Le-lelaki tu....emmm" kepala aku garu dan melihatnya sekilas.
Otak aku tiba-tiba blank ni dah kenapa? Tak kan aku nak jujur pulak kot. Uwaaa tak boleh tak boleh.
"Jimi! Kau sedar ke tak ni?" rambut aku pula yang ditariknya kuat. lengannya aku cubit sehingga kelihatan tompok merah.
"Tsk, sakit la babun! NONO TENGOK JIMI NI!!! DIA BUAT RAERAE SAKIT!!! TSK TSK!!" gadis itu mula berlari dekat dengan lelaki kesayangannya. Mula dah dia tu. Aku cubit je kot, dia siap tarik rambut aku. Fikir tak sakit ke hanat!
"Em, bagus jugak dia lari. Tak payah aku jawab soalan tu" pen aku capai semula dan sambung salin nota sejarah.
"Jimi!" jerit seketul badut eh silap seketul Hyomi. Aku melirik ke arahnya yang masih berlari ke arah aku.
"Kau tahu tak—"
"Tak—AUCH!"
"Bila aku cakap jangan potong bongok!" aku menggosok kepala aku selepas dapat hempukan darinya.
"Ha kenapa?!"
"Nanti ada pelajar baru weh! Satu batch dengan kita pulak tu" katanya dengan sedikit teruja.
"So" mulutku dicebik. Gadis itu menjeling aku sekilas.
"Kau ni cuba excited sikit"
"Kenapa nak kene excited pulak? Biar je la dia" jawab aku malas dan pen aku capai lagi sekali.
Baru sahaja aku tulis sedikit perkataan tiba-tiba ada seseorang tolak tangan aku kuat sehinggakan terconteng satu buku itu dengan garisan panjang.
"YAH! NAK MATI KE!?" marah aku. Geram. Aku tak suka kalau jadi macam ni. Dah la buruk bila nak liquid balik.
"Balasan sebab kau cubit kesayangan aku" aku pandang lelaki itu lalu hentak meja dengan kuat.
"Haih, aku malas nak layan korang" keluhan berat aku lepaskan. Kalau nak teruskan gaduh ni, aku rasa sampai esok tak habis. Over bodoh jantan ni.