𝕥𝕦𝕛𝕦𝕙 𝕓𝕖𝕝𝕒𝕤☀︎︎

147 28 1
                                    


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂









"Yoon Oh, jangan la jalan laju sangat!" 

"Hyung tu yang lambat sangat. Macam orang tua pulak jalannya pun. Taeil hyung pun jalan cepat tau" 

"Kau nak bandingkan aku dengan Taeil hyung? Nak mati ke?" Taeyong pantas menghalang penumbuk milik Dong Young yang baru sahaja ingin mendarat pada pipi Yoon Oh.

"Oh hero ku sayang~" 

"Geli bongok" pantas Taeyong menolak badan Yoon Oh yang memeluknya secara tiba-tiba.

"Eh mana Yoo Tae dengan Young Ho?" soal Dong Young bila dia baru perasan dua saudaranya tiada bersama mereka.

Yoon Oh dan Taeyong memusing kepala 360° dengan secara serentak untuk mencari kelibat dua figura itu.

"Bukan dia jalan dengan kita ke tadi?" Taeyong menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya masih setia mencari dua kelibat yang diketahui sudah hilang.

"Mana Jimi dengan yang lain?" Yoon Oh menekup mukanya kerana dia sudah buntu dengan keadaan sekarang.

Dua abangnya kelihatan resah dan mereka bertiga berhenti dari meneruskan perjalanan.

"Nak jalan terus ke nak pusing belakang balik?" soal Dong Young dan mereka berdua angkat bahu tanda tidak tahu.

"Jalan terus la. Kita cari Yoo Tae dengan Yoon Oh dulu. Sebab bagi aku mereka lagi bahaya" cadang Taeyong selepas lama berfikir.

"Kenapa pulak?"

"Ish kau pun. Adik kita tu ade dengan Jimi kan. Dikira selamat la bila ada dengan Jimi. Dua ketul tu dah la tak tahu apa-apa sama macam kita"

Dong Young membulatkan mulutnya tanda dia baru sahaja faham. Yoon Oh hanya mampu menggelengkan kepala kerana baginya Dong Young itu terlalu lambat berfikir.

Maka, mereka bertiga meneruskan perjalanan maju ke hadapan. Dengan kesesakan orang ramai, mereka hanya merempuh dengan perlahan. Pandangan tajam tidak dihiraukan kerana bagi mereka dua orang yang noob itu lagi penting sekarang ni.

——————✯✯✯✯——————

"Hyung penat la. Rehat la dulu" ajak Yoon Oh lalu dia duduk atas kerusi yang berada di salah satu bangunan besar.

"Aku pun penat" Dong Young juga mengikut langkah adiknya lalu dia menyandarkan kepalanya atas bahu Yoon Oh.

"Mana diaorang ni?" Taeyong kelihatan buntu dan dia mencekak pingangganya. Dia pun sudah penat untuk meneruskan perjalanan.

 ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏWhere stories live. Discover now