꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Jimi, asal masam je ni?" tanya Sungchan risau bila melihat rakannya diam daripada pagi tadi lagi.
"Aku tak de mood la"
"Kau period ke?"
"Otak kau. Mana ada. Dah la jangan layan aku. Aku nak lonely ni"
"Hekeleh halau aku nampak. Nanti bila bosan cari aku balik. Fikir aku tak tahu ke ha?"
"Ish, dah la. Bagi aku tidur" Jimi menyebamkan mukanya atas meja. Tiada mood nak melayan semua orang.
"Kalau kau ada masalah cerita je la dekat aku" ujar Sungchan dan dia hanya menatap gadis yang berada di sebelahnya.
"Kau tak nak rehat ke?"
"Kau tak nak makan. Aku pun tak nak la makan"
"Tch, fikir sweet ke babun" Jimi memukul bahu Sungchan yang sedikit tinggi darinya.
"Sweet dengan kau je" Sungchan memuncungkan bibirnya dan Jimi tergelak kecil melihat gelagat rakannya.
"Sape buat kau bad mood ni? Meh cerita dekat aku" Sungchan memusingkan badannya menghadap Jimi yang berada di sebelah kanannya.
"Jeno" jawabnya sepatah.
"Dia buat apa dekat kau?"
Jimi mula buka mulutnya untuk mulakan ceritanya pada lelaki itu. Betapa semangatnya dia bercerita sampaikan tangannya membuat gaya bagi memudahkan Sungchan memahami akan situasinya.
"Tapi bukan dekat rumah kau ada lelaki bunian ke?" Sungchan mula menyoal apabila gadis itu sudah habis bercerita.
"Diorang nyorok"
"Oh. Maksudnya dia tak tahu la pasal diaorang?" Jimi menggeleng kepalanya dan Sungchan anggukkan kepalanya.
"Kau—"
"APA BENDA NI?! LEPAS LA BODO!" jerit Jimi tiba-tiba memotong percakapan Sungchan. Gadis itu meronta kerana tangannya sedang digenggam seseorang.
"Kau dah kenapa ni Jeno? Lepas la" marah Sungchan seraya menarik tangan Jimi semula.
"Aku nak cakap dengan dia sekejap"
"Lepastu kau dah tak reti nak cakap? Dah tak de mulut? Cakap je la tak payah la sampai nak pegang pegang" bentak Sungchan lagi dan dia menolong Jimi melepaskan tangannya dari genggaman Jeno.
Jeno lepaskan tangan kecil itu lalu dia menjeling Sungchan sekilas. Pandangannya bertukar pada Jimi semula yang sedang menatapnya dingin.
"Kau nak cakap apa?" lirih Jimi sambil menyilangkan kedua belah tangannya di dada.