꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"WOI! MANDI DULU! LEPASTU BARU MAKAN! BUKANNYA BANGUN TIDUR TERUS MAKAN!"
"Ala, bising la Dong Young hyung ni" rengek Jungwoo sambil menghentakkan kakinya. Dia baru sahaja ingin menyuap sandwich ke dalam mulutnya.
"Ah tak de tak de. Bangun pergi mandi dulu" Dong Young merampas sandwich yang berada pada tangan Jungwoo tadi.
"Benci hyung" Jungwoo mencebikkan bibirnya dengan rambutnya yang serabai. Dia meluru ke atas selepas Dong Young mengangkat senduk tinggi.
"Jimi dah pergi sekolah ke?" tanya Taeyong yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
"Dah" jawab lelaki itu sepatah.
"Yang lain dah bangun ke?" Dong Young pula yang bertanya bila dia baru perasan yang hanya Taeyong sahaja yang munculkan diri.
"Dah. Tadi Jungwoo dah turun kan?"
"Haah dah. Tapi aku halau dia sebab dia tak mandi lagi"
"Ohhh—"
"TAEYONG HYUNG TAK MANDI LAGI!!!"
"Bongok la Jungwoo ni" bisik Taeyong secara perlahan dan dia tersenyum kekok melihat adiknya yang sudah memegang senduk tadi.
"Paipai" Taeyong terus mencampak roti itu di atas pinggan dan dia berlari naik ke atas untuk membelasah Jungwoo.
"Gatal eh kau sekarang"
"Mana ada. Aku teman dia je semalam. Bukannya buat apa-apa pun"
"Yeye je kau ni. Bukannya boleh percaya sangat"
"Betul hyung. Kali ni percaya la adikmu yang manis lagikan comel ni"
"Puih, nak muntah aku"
"Kuangajo punya hyung"
"Apa yang korang bualkan ni?"
Minhyung dan Haechan serentak memandang Dong Young yang daripada tadi memasang telinga untuk mendengar percakapan mereka berdua.
"Donghyuck ni ha. Dia tid—"
"Tidur bercakap. Semalam Donghyuck tidur bercakap ha! Minhyung hyung yang cerita. Kan hyung" Haechan menyiku lengan Minhyung yang masih menayangkan wajah blur.
Lambat laun Minhyung menganggukkan kepalanya. Dia kurang faham akan percakapan Donghyuck dan otaknya masih ligat berfikir. Penyakit ini sudah menurun pada dirinya.
Kalau tidak, penyakit loading ini berada pada diri Yoon Oh tetapi dia sudah mewarisi dengan cepat.
"Ting! Tong! Ting! Tong!"