꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Good Morning! eomma! appa!" sapa Jimi dengan gembiranya. Senyumannya tidak lekang di bibirnya dan ini membuatkan kedua ibu bapanya pelik dengan perangai anaknya.
"Good Morning sayang" balas Pn. Song selepas dia meletakkan sepinggan roti bakar.
"Nanti Mimi balik dengan Sungchan ke?" soal En. Song pada anaknya.
"Molla. Tengok la dulu. Lagipun Mimi hari ni ada perancangan nak buat"
"Benda apa?"
"Adalah. Ni rahsia Mimi je. Eeee, tak sabarnya"
"Balik awal tau. Jangan waktu dah gelap baru nak balik. Bahaya, kamu tu perempuan"
"Arasseo appa. Mimi balik petang. Nanti kalau ada apa-apa, Mimi telefon je eomma appa, takpun Sungchan"
"Baik betul kamu dengan Sungchan eh. Ada apa-apa ke?" usik Pn. Song.
"Ish, mana ada eomma. Kami kawan baik je. Tak lebih pun daritu"
"Yelah Yelah, dah pergi sekolah cepat. Nanti lewat kene denda, padan muka"
"Appa kejam. Okay la, Mimi pergi dulu. Anneyong!" Jimi berlari sambil melambai kedua belah tangannya pada mereka berdua lalu dia memakai kasut sneakers nya dan masuk ke dalam kereta yang dipandu ahjusshi Kim.
——————✯✯✯✯——————
"Kau dah kenapa sengih sengih macam dah tak ada hari esok ni?"
"Biar la. Kau kata kau nak tengok aku hyper kan. Ni aku tengah hyper la ni"
"Woi ni bukan hyper. Ni gila namanya. Duduk termenung lepastu sengih. Sumpah macam orang gila"
"Suka hati aku la. Dah bla, jangan kacau life aku"
"Pergh halau aku sia. Tak pe kau, nanti susah jangan cari aku" Sungchan bangun dari duduknya dan terus beredar keluar dari kelasnya.
"Eh! Eh! Sungchan! Weh dia merajuk ke sia?! Asal dia moody semacam ni?"
Jimi pula bangun dari duduknya dan niatnya ingin mengejar Sungchan tetapi telah dihalang oleh seseorang.
"Tepi la Jeno" bentak Jimi geram bila lelaki itu sengaja menghalang pintu keluar.
"Kau nak pergi mana?" soalnya dengan wajah yang dingin.