꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Jimi, kata apa?" tanya Yoo Tae selepas Dong Young mematikan panggilannya.
"Dia kata nanti dia sampai. Tunggu je"
"Dah semua duduk. Tenang. Korang dah makan belum?" soal Taeil seraya mencekakkan pinggangnya.
"Aku je dah. Yang lain belum"
"Kami makan dulu tau. Kau tolong tengok luar. Kalau Jimi dah sampai bagitahu" Dong Young menganggukkan kepalanya dan Taeil mengajak adiknya yang lain pergi ke dapur untuk sarapan.
Dia menyelak sedikit langsir dan kelihatan dua manusia itu masih berdiri di hadapan pagar.
Kakinya jalan mundar mandir menunggu ketibaan gadis itu sambil menyelak langsir untuk melihat keadaan di luar.
——————✯✯✯✯——————
"Mana rumah kau?"
"Depan sikit. Selang lagi 3 tu rumah aku"
Sungchan mengikut sahaja arahan dari Jimi dan dia membawa kereta itu dengan sedikit perlahan agar tidak terlepas rumah gadis itu.
"Ni ha" Jimi buka pintu keretanya dengan gelabah dan terus berlari ke arah pagar rumahnya. Kelihatan dua manusia itu sedang duduk di atas beg bagasi.
"Nuguya?" tanya Jimi sopan. Wajah mereka masih tidak kelihatan kerana mereka menghadap ke rumahnya. Bukan pada dirinya.
"Eh Jimi? Anak eomma?!" kata seorang perempuan yang kelihatan sedikit tua selepas dia memusingkan badannya ke belakang.
"Eomma? Appa?" Jimi pantas memeluk mereka berdua. Pelukan mereka sedikit lama dan dari jauh ada seseorang memerhati kemesraan mereka bertiga.
"Siapa tu?" En. Song memuncungkan mulutnya pada Sungchan yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Oh tu kawan Jimi. Kawan baik. Kan Sungchan kan. Kau kawan baik aku kan?!" Jimi berlari mendapatkan Sungchan lalu merangkul lehernya. Lelaki itu hanya membiarkan perbuatan gadis itu.
"Anneyong. Saya Sungchan. Jung Sungchan" lelaki itu memberikan tunduk hormat pada mereka berdua.
"Kawan baik ke? Tengok macam lebih je?" sakat Pn. Song sambil tersenyum suka.
"Dia lebih kepada anjing saya ahjumma"
"Siot la kau ni" Jimi menumbuk bahu lelaki itu dan menarik tangan kedua ibu bapanya masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏ
Roman d'amour❛ Pertemuan yang langsung tak dijangka ❜ ❥