𝕝𝕒𝕡𝕒𝕟 𝕓𝕖𝕝𝕒𝕤☀︎︎

135 24 7
                                    


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂


"Macam mana ni?!" kelam kabut Jimi jadinya bila dia mendapati 5 orang itu sudah menghilangkan diri tanpa jejak.

Mereka masih berdiri tegak di bawah tiang lampu isyarat itu. Jimi sudah buntu seraya matanya melilau mencari yang lain. Tapi tidak bagi mereka berempat, hanya diam dan memerhati gelagat Jimi yang sudah seperti ibu hilang anak.

"Jom cari dekat sana" ajak Jimi dan dia terus berjalan maju hadapan. Diikuti dengan mereka berempat.

"Jangan berpisah. Pegang tangan pegang tangan pegang tangan" ujar Jimi kelam kabut dan mereka hanya ikuti. Dah rupa bawak budak tadika jalan-jalan pulak.

"Minhyung hyung, pegang tangan aku"

"Okay" Donghyuck lantas mengambil tangan kiri Minhyung dan lagi sebelah dia pegang tangan Jungwoo.

"Jungwoo jangan jalan laju sangat. Nanti Jimi marah"

"Ala hyung, rilek la"

"OTAK KAU RILEK! DENGAR JE CAKAP ABANG KAU TU!" celah Jimi dengan nada sedikit tinggi. Emosi dia sudah tidak terurus. Dia serabut sekarang ni.

"Mianhae Jungwoo. Ak-aku tak de niat  nak marah kau pun" Gadis ini terasa bersalah pula bila tertengking lelaki manis ini. Muka cemberutnya dilemparkan pada gadis itu.

"Emm" Jungwoo menunduk kepalanya lalu dia memegang tangan Taeil erat. Perasaan takut menyelubungi dirinya.

"Hah" keluhan berat dihembuskan oleh Jimi dan dia terus meneruskan perjalanan. Rambutnya ditarik kebelakang.

Tiba-tiba dia terasa tangannya digenggam seseorang dan dia melirik ke arah figura itu.

"Pegang tangan aku. Mana tahu tenang sikit kan" gadis itu terus memegang tangan figura itu lalu dia menunduk seketika.

"Gumawo Donghyuck"

"Dah jom sambung cari" ajaknya dengan nada sedikit lembut.

1 jam sudah berlalu tapi tetap tidak jumpa kesan. Hampir menangis gadis ini dibuatnya. Dia terlalu buntu dan takut dalam satu masa.

"Kita rehat dulu nak?" ajak Taeil dan kami semua setuju dengan cadangannya. Dari tadi lagi kami berjalan tanpa berehat.

"Korang nak air tak?" tanya Jimi selepas mereka dapat tempat untuk berehat seketika.

"Nak!" jerit Jungwoo semangat seraya mengangkat tangan tinggi.

"Jom aku teman kau beli" Donghyuck terus menarik tangan gadis itu menuju ke cafe kecil yang berada tidak jauh dari mereka.

"Weh aku tak cakap pun dekat diaorang yang jangan pergi mana-mana. Aku risau diaorang pulak yang hilang" lirih Jimi seraya melihat 3 ketul di bawah pokok yang rendang.

 ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏWhere stories live. Discover now