𝕥𝕚𝕘𝕒 𝕡𝕦𝕝𝕦𝕙 𝕖𝕞𝕡𝕒𝕥☀︎︎

98 27 11
                                    

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂






"APPA!!!!" jerit Haechan selepas dia membuka pintu pejabat peribadi milik En. Song.

Terkejut lelaki berusia itu dengan sergahan yang tidak dijangka olehnya. Dadanya dipegang kerana jantungnya berdetak laju.

"Hyuck buat apa datang sini?" soal En. Song selepas dia melihat budak lelaki itu menarik kerusi lalu duduk di sebelahnya.

"Hyuck lapar la" perutnya dipegang sambil mengusap. Memang betul dia lapar. Mulutnya dicebik.

"Makanan dalam peti ais dah habis ke?" Haechan anggukkan kepalanya.

"Appa, kami pun ada sekali ni" tegur Minhyung yang berdiri di depan meja En. Song.

Lagi sekali dia terkejut akan kehadiran yang lain. Lagi tak jangka bila Haechan bawa semua adik beradiknya.

Dia tidak perasan akan kehadiran mereka pun sebab dihalang oleh komputer yang boleh tahan besar juga lah.

"Semua lapar la ni?" tanya En. Song kepada yang lain dan mereka angguk dengan serentak.

"Kejap, bagi appa siapkan kerja ni dulu lepastu kita turun makan dekat cafe. Okay?"

"Okay!!" jawab mereka serentak dengan gembira. Gaya macam tak makan setahun padahal baru berapa jam.

En. Song pun meneruskan kerjanya dengan menekan keyboard dengan cekap. Haechan hanya memerhati gelagat lelaki berusia itu. Yang lain menonton tv dengan tenang.

"Tok! Tok! Tok!" pintu pejabat itu diketuk dari luar dan automatik semua memandang ke arah pintu itu.

"Masuk!" kata En. Song dengan nada tegas. Berasa takut pula bila nadanya tiba berubah. Tadi elok je lembut.

"Tuan, nak jumpa En. Byun kan?" tanya Hyunjae selepas dia jejak kaki masuk ke dalam pejabat itu.

"Haah, kenapa? Dia dah datang ke?"

"Yep, dia dah datang. Nak saya panggil ke?"

"Ha, panggil dia masuk. Mohon segera!" tegas nada En. Song seperti ingin melepaskan amarahnya.

Haechan yang berada di sebelahnya berasa kecut pula. Dia tidak pernah lagi tengok sisi En. Song seperti ini. Selalunya dia hanya melihat sisi lembut dan baik je.

Selepas Hyunjae keluar dari pejabat itu, selang beberapa saat pintu itu dibuka semula dan terpacul la seorang lelaki berusia juga berdiri di hadapan En. Song sambil menundukkan kepalanya.

"Eh ahjusshi kan yang ajak saya makan tu?" tegur Haechan bila dia baru teringat tentang kejadian malam itu. Mula dia lihat wajah lelaki ini seperti sangat familiar baginya. Akhirnya dia teringat juga kejadian itu.

 ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏWhere stories live. Discover now