Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
vote tau gaes,, kalau rajin meh la conment,, mahashih. (ノ'・ω・)ノ ミ ┻━┻
Jam aku lihat sudah menunjukkan tepat pukul 7 petang. Aktiviti mengecat tadi ambil masa selama 3 jam. Fuh, lama betul nak kene tunggu.
Ya, kerja aku just tunggu and lihat je. Yang tukang buatnya orang lain. Kita tempah je. Tak payah nak bazir tenaga cat sendiri.
Aku rasa kalau buat sendiri mahu ambil masa dua atau tiga hari. Nak kene layan lagi perangai sembilan ketul yang masih tidak betul lagi.
Donghyuck pun masih merajuk lagi dengan aku. Tadi ajak sembang, dia senyap je. Mata jeling sana sini. Aku sepak jugak dia ni nanti.
Mereka yang lain berada di dalam bilik masing-masing. Penat kene bebel dengan aku. Tak de la, pekerja tengah kusyuk buat kerja. Yang depe ni pergi kacau. Kau rasa, mana aku tak marahnya.
Kaki aku naik ke atas untuk masuk ke dalam bilik. Bersihkan diri itu semestinya. Badan pun sudah melekit teruk.
Selepas siap semua aktiviti itu, katil pula tempat dituju. Kedua belah mata aku pejam buat sementara dan terbuka apabila pintu diketuk.
"Masuklah" pintu itu telah dibuka oleh seorang lelaki dan dia berjalan mendekati aku.
"Yoon Oh, waegurae? Kau lapar?" tanya aku selepas lelaki itu duduk bersebelahan aku.
"Aniya, aku cuma nak cakap dengan kau" ujarnya dan aku berinya ruang untuk dirinya bercerita.
"Bila kita nak start cari parent kami?" kepala aku tunduk seraya menguis jari jemari aku.
"Entah la. Aku pun tak tahu. Kau tahu kan aku ni budak sekolah. Busy dengan kerja sekolah apa semua"
"Em" balasnya pendek. Lelaki itu pula yang tunduk kepalanya. Kaki duduk bersila di atas katil aku.
"Kau rindu dengan diaorang?" dia balas dengan anggukkan. Comel betul. Dah macam budak tadika aku tengoknya.
"Aku tahu. Nanti hari weekend kita cari tau" pujuk aku seraya meletakkan tangan pada bahunya. Senyuman juga tak lupa untuk diberi padanya.
Lelaki itu juga tersenyum dan terus memeluk aku erat. Aku dapat rasa bahu aku basah. Lelaki ini menangis. Buat pertama kali lelaki menangis dalam pelukan aku.
"Uljima. Aku tahu kau rindukan diaorang. Nanti kita sama-sama cari, okay. Dah jangan nangis eh. Buat malu je..kalau yang lain nampak"
Aku mengelap air matanya yang berada di pipinya. Bibirnya aku tarik bagi terbentuk sebuah senyuman.