꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Balik ni nak pergi makan macam biasa tak?"
"Aku on je"
"Cantek!! Kau bawak kereta kan? Ke kau datang dengan appa kau?"
"Aku bawak kereta sebab aku tahu kau mesti nak ajak makan punya. Senang sikit la kalau aku yang drive"
"Tahu tahu je kau ni, Sungchan. Auch, terharu sis"
"Gedik la kau. Pergi mampus"
"Siot la. Tadi kemain acah sweet"
"Dah nama pun acah kan. Dia mana boleh lama lama nanti dia jadi macam tiber pulak"
"Yelah yelah. Kali ni aku bagi kau menang. Kau kene ingat, yang aku ni tak mengalah dengan kau lonjong"
"Lonjong kau panggil aku?"
"Better aku panggil kau lonjong. Ke kau nak aku panggil kau tiang?"
"Kau tu tong sampah"
"Asal pulak?!"
"Sebab ketinggian kau lebih kurang tong sampah je"
"Bodoh punya Sungchan" carut Jimi geram lalu dia menjeling Sungchan dan tumpu perhatian sepenuhnya pada guru yang tengah mengajar.
——————✯✯✯✯——————
"Macam biasa, esok hantar kerja saya"
Selepas guru mereka keluar dari kelas, semua pelajar berpusu-pusu mengemas barang mereka. Excited nak balik rumah atau lebih tepat merempat ke tempat lain dulu.
"Jom Sungchan!" beg sekolahnya digendong ke belakang seraya menarik beg lelaki itu sekali.
"Eh tadi bukan merajuk ke?" usik Sungchan dengan sengaja. Jimi dengan geramnya terus menumbuk bahu lelaki itu dengan kuat.
"Sakit gila! Aku malas nak pergi makan dengan kau la!" bahunya diusap kerana kesakitan. Jimi hanya gelak besar melihat lelaki itu sedang mencebikkan bibirnya sambil menahan kesakitan.
"Kira deal la eh. Dah jom, aku lapar nak mati ni" beg sekolah Sungchan ditariknya kasar dan berlari keluar kelas.
"Sabar la gila. Kau tarik lagi, ajal kau nak dekat. Baik kau lepas" ugut Sungchan sambil menunding jari ke arah gadis itu. Kalut betul, tahu la lapar tapi kalau si Sungchan ni jatuh tergolek macam mana.
"Eh Jimi, kau nak pergi mana?" tegur Hyomi. Terkejut Jimi bila ditegur oleh rakannya. Dia melihat mereka yang lain pun sedang melihat dirinya bersama Sungchan.