𝕥𝕚𝕘𝕒 𝕡𝕦𝕝𝕦𝕙 𝕥𝕦𝕛𝕦𝕙☀︎︎

96 26 3
                                    


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂










"Appa, Jimi nak keluar dengan Hyuck boleh?"

"Boleh je. Tapi tak kan, nak bawak Hyuck je ke keluar? Abang abang dia?"

Jimi melihat wajah mereka sambil mengunyah roti sandwich buatan Pn. Song. Mereka apa lagi, mula la buat muka comel nak tarik perhatian gadis itu.

"Tak payah" bisik Haechan di telinga Jimi. Pantas Doyoung menarik telinga Haechan yang suka menghasut orang lain.

"Yah! Yah! Yah! Sakit!" meronta lelaki itu sambil menumbuk tangan Doyoung yang memulas telinganya. Habis merah teruk bila dilepaskan.

"Bawak je la. Diaorang mesti bosan sebab asyik duduk rumah je kan" cadang Pn. Song selepas dia ambil tempat di sebelah suaminya.

"Ha betul tu Jimi. Bosan tau kami duduk rumah ni. Asyik hadap muka sama je" rungut Jungwoo sambil memuncungkan bibirnya. Jimi pun sudah pasrah dengan kecomelan mereka dan dia terpaksa setuju dengan cadangan eomma nya.

Haechan pula yang mencebikkan bibirnya bila gadis itu bersetuju. Dia cadang dia nak luangkan masa hanya berdua. Bukannya ber-sepuluh. Tak boleh terima kenyataan.

"Halah, cukup la semalam dapat tidur sama-sama. Tu pun tak cukup lagi ke?" bisik Mark di telinga Haechan. Terkejut lelaki itu bila dapat usikan sebegitu. Dia menjeling wajah Mark sekilas lalu sambung menyuap sandwich ke dalam mulutnya.

——————✯✯✯✯——————

"Kita nak pergi mana ni Jimi?" soal Taeyong bila mereka sudah turun dari kereta. Ahjusshi Kim sudah pergi meninggalkan mereka.

"Jom ikut aku. Tapi jangan nak mengada berpisah macam haritu. Kalau korang hilang lagi, aku malas nak cari dah. Mati dekat situ je la"

"Garang, auwm" usik Yuta sambil membuat gaya singa mengaum. Ada je nak mengusiknya. Nanti Jimi tinggal satgi, rasanya menangis tak berlagu la.

"Kita makan dulu nak?"

"NAK!!!" laju sahaja mereka jawab. Dah la menjerit pulak tu. Jimi pula yang berasa malu bila ramai yang memandang ke arah mereka.

Cafe kegemaran gadis itu dituju lalu dia masuk selepas dipelawa oleh pembantu kedai itu. Diikuti yang lain.

"Nak order apa?" tanya Jimi selepas mereka sudah duduk di hujung kedai. Dia tak nak duduk dekat tempat yang terbuka. Nanti runsing dia bila ramai orang pandang mereka selalu.

 ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏWhere stories live. Discover now