𝕕𝕦𝕒 𝕡𝕦𝕝𝕦𝕙 𝕤𝕒𝕥𝕦☀︎︎

125 31 5
                                    


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

penuh dgn semut je part ni
ʕノ•ᴥ•ʔノ ︵ ┻━┻





"Jimi, boleh aku masuk?"

"Masuk je la. Aku tak kunci"

Donghyuck memulas tombol pintu dan kelihatan Jimi sedang menghadap buku latihannya.

"Aku kacau kau ke?" tanya Donghyuck selepas mengambil tempat di atas katil milik Jimi.

"Tak. Aku dah siap dah pun" Jimi menutup bukunya dan bangun dari kerusi lalu duduk di sebelah Donghyuck.

"Kenapa kau nak jumpa aku malam malam ni?"

"Aku.....emmm...saja je nak tengok kau" dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kekok agaknya.

"Donghyuck" panggil gadis itu seraya melihat anak mata hitamnya.

"Boleh tak aku nak panggil kau Haechan?"

"Waeyo? Kau tak suka dengan nama aku ke?"

"Aniya. Aku cuma teringin nak panggil nama tu dan bagi aku nama tu sesuai sangat dengan diri kau"

"Kenapa aku?"

"Adalah. Satu hari nanti aku bagitahu dekat kau, eh. Tapi boleh tak aku nak panggil kau Haechan?"

"Boleh" balas Donghyuck sambil tersenyum manis ke arah gadis comel itu.

"Haechan, boleh tak aku nak tanya something?"

"Em, tanya la"

"Kau pernah suka seseorang tak?"

Terbuntang mata milik Donghyuck dan jantungnya juga berdegup laju. Dia jadi lebih gelisah bila melihat gadis ini daripada tadi merenung dirinya.

"Pernah" jawabnya yakin dan cuba untuk kelihatan tenang. Dia pula duduk dengan lebih selesa dan menghadap ke arah Jimi.

"Wow, siapa perempuan bertuah tu?" Jimi menepuk tangannya perlahan seraya tersenyum kecil.

Lelaki itu mendiamkan diri dan dia hanya merenung wajah gadis di hadapannya. Soalan dia hanya dibiar sepi tanpa jawapan.

"Tak pe la. Kalau kau bagitahu aku, bukannya aku kenal pun kan. Mesti la perempuan dekat alam kau kan. Setahu aku, perempuan bunian semuanya lawa lawa"

Haechan masih mendiamkan diri dan dia berasa sedikit kecewa kerana gadis ini tidak sedar akan perasaan dirinya terhadapnya.

"Haechan, asal kau pandang aku macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka aku?" Jimi lantas membelek wajahnya.

 ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏWhere stories live. Discover now