꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
Haechan pov
Aku ambil telefon bimbit milik appa selepas meminta pada dirinya untuk bermain game buat sementara. Bagi menghilangkan rasa bosan.
Orang yang berada di hadapan tidak diambil kisah dan bagi aku game lagi penting daripada mendengar perbualan mereka bertiga.
Baru sahaja tangan aku ingin menekan button start, ada satu mesej masuk.
Mula-mula aku hanya biarkan sahaja mesej itu. Hanya pandang dengan sekilas dan sambung bermain game.
Tetapi makin lama, makin banyak pulak mesej itu masuk dan ia membuatkan mood aku melayang.
Aku lihat appa untuk memberitahunya tentang mesej itu tapi dia kelihatan sedikit sebok dengan pekerja barunya.
Aku merenung telefon itu dan jari aku terus menarik atas untuk menurunkan notifikasi yang daripada tadi lagi keluar. Rimas pulak.
"Anakku? Sape tu? Eh jap, kalau anak mesti la Jimi kan?"
Aku dengan beraninya pergi tekan semula mesej itu dan terpaparlah kesemua mesej yang sudah dihantar oleh gadis itu.
Terbeliak anak mata aku selepas membaca setiap bait ayatnya yang seperti meminta tolong. Aku dah tak fikir apa selain ingin pergi menyelamatkan dirinya.
Wajah appa dipandang sekilas sebelum dia berlari keluar dari pejabat itu. Tiada sesiapa yang perasan akan kehilangannya dalam sekelip mata.
"Teksi! Teksi!" jerit aku lantang sambil melambaikan tangan untuk memanggil teksi.
"Dik, nak pergi mana?" soal pemandu teksi itu selepas aku menutup pintu dengan kuat.
"Pergi sekolah Hongyong. Boleh tak ahjusshi bawak laju?"
"Boleh je. Pakai tali pinggang"
Rasa berdebar pulak bila dia suruh pakai tali pinggang ni. Rasa macam nak pergi terjun gaung la pulak tapi tak pe demi Jimi aku sanggup mati tengah jalan. Tiber.
Tak sampai 15 minit, kami sudah sampai di sekolah dan aku terus bergegas lari masuk ke dalam perkarangan sekolah.
Ini kali ketiga aku jejak kaki datang sini, so tak de la takut sangat walaupun sekarang ni kawasan sini sangatlah sunyi seperti tiada yang berpenghuni.
YOU ARE READING
ժ┃Lelaki Bunian ⤻ ˡᵉᵉ ᵈᵒⁿᵍʰʸᵘᶜᵏ
Roman d'amour❛ Pertemuan yang langsung tak dijangka ❜ ❥