꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
( ・ω・)☞ Jimi Pov
Hai! Hello! Anneyong!
Nama aku Song Jimi. Cantik, baik, comel, berseri indah di pagi malam, pandai, budak top, TIBAH! sendu orangnya, single is better, taken is buta.
Dah tak nak melebih sebab aku risau yang aku ni tibah lagi. Maklumlah kalau tak tibah tu bukannya Song Jimi. Dalam hidup aku penuh dengan ketibaan.
"Bubye eomma appa! Nak gerak dah ni!" aku melambai ke arah mereka berdua dan terus pakai kasut adodos aka kasut kesayangan.
"Jom ahjusshi! Pergi sekolah!"
Ahjusshi Kim gerakkan kereta selepas dapat arahan dari aku. Aku hanya termenung melihat pemandangan luar tingkap walaupun aku dah terlampau bosan tengoknya. Yelah, setiap hari aku lalu sini kot kalau nak pergi sekolah! Mana tak bosannya.
"Cik Jimi kita dah sampai"
"Panggil Jimi je. Okay"
"Baiklah, nak saya tolong angkat beg?"
"Tak pe. Saya boleh bawa sendiri. Bukannya saya bawa guni. Thanks ahjusshi. Hati-hati balik ni!"
"Kamu pun hati-hati dekat sana"
"Okay ahjusshi. Anneyong!"
Aku bawa beg galas seperti beg sekolah aku la. Buat apa nak bawak bagasi bagai. Bukannya aku nak pergi Kanada. Walaupun pelajar perempuan lain bawa beg bagasi tapi bukan aku sebab aku tak nak masuk list beria daripada ciptaan budak lelaki.
"Jimi sini!" kaki aku terus berlari ke arah pemanggil tadi. Senyuman aku ukir di bibir seraya melambaikan tangan.
"Lambat gila kau datang"
"Otak kau lambat. Dikira awal la ni sebab lagi 10 minit nak masuk bas"
"Kau yang otak sekarang ni. Baik kau sampai 10 saat je sebelum nak masuk bas"
"Biy, jangan kasar sangat bahasa tu. Titew tak ajar pun kan"
"Alolo showi la. Ni Jimi ni. Dia buat biy marah"
"Kalau nak bersemut sila bla. Aku nak termuntah tengok korang berdua"
"Dia jeles dengan kita la biy"
"Hm tu la. Shian dia shinglet. Jom biy, nanti Jimi terajang titew pulak"
"Jaemin tu pelat S ke sia! Sumpah aku nak baling bom dekat mulut dia"
Aku jeling kelibat Jaemin dan juga Hyomi yang baru sahaja beredar dari aku. Nak ber sweet depan aku. Sendu aku dah la single. Bodoh punya kawan!
"Weh, nanti kau duduk dengan sape?" tegur Raewoo aka kawan aku jugaklah. Korang fikir aku ni sendu sangatlah sampaikan ada seketul je kawan.