CEMBURU dan rindu menikam jiwa Melissa, anak matanya tidak pernah lekang memandang anak muridnya yang asyik memusingkan badan dengan lemah gemalai sekali, Melissa ditugaskan untuk melatih pelajar berusia 14 hingga 16 tahun di Moorland Ballet Academy, muzik klasik yang berkumandang di dalam bilik tarian itu menambahkan lagi suasana romantis, kemudian mindanya berfikir alangkah bagus jika dia tidak terlibat dengan kemalangan itu dulu.
Mungkin dia akan menjadi the dancing prodigy sekarang. Hidupnya bersama Maden akan senang lenang.
"Teacher! Teacher Lisa, Madam Joan nak berjumpa." Panggil salah seorang anak muridnya, Lilly.
Dengan panggilan itu, Melissa tersentak dari lamunannya, rambut panjang mengurai miliknya diikat kemas sebelum dia mengangkat punggungnya dari kerusi. "Terima kasih, Lilly. Yang lain semua boleh berehat setengah jam ya, jangan lupa praktis tarian yang saya baru ajar tu." Pesannya buat kali terakhir.
Dengan itu, langkah di mara ke tingat atas, menuju ke pejabat wanita bernama Joan, iaitu pengarah Moorland Ballet Academy, setibanya dihadapan pintu, tombol dipulas perlahan. "Madam panggil saya?" tanya Melissa sopan.
Madam Joan menghentikan tangan yang sibuk menaip sesuatu di papan kekunci laptop, anak matanya melirik ke arah Melissa yang manis tersenyum, ada sebabnya mengapa dia masih mengekalkan wanita ini di dalam akademi, walaupun Melissa tidak boleh melatih anak muridnya seperti guru-guru lain, pengalaman lebih penting bagi Joan.
"Duduk dulu, Mel. Saya ada benda nak bincang dengan awak."
Bincang? Hati Melissa mula gundah sedikit. Ini kerana tidak pernah satu hari pun dia merasakan kerja di sini menguntungkan Madam Joan, anak-anak murid Melissa terpaksa berlatih masa memandangkan Melissa dilarang menggunakan kakinya dengan begitu lama, pergerakannya sangat terbatas.
"Okey, apa yang nak dibincangkan tu?"
Madam Joan menopang dagu seraya memandang wajah Melissa yang agak sugul. "Sabtu ni, anak tuan pengarah nak datang sini. Puan Seri Marla wakilkan dia untuk serahkan dana berjumlah 30 ribu untuk akademi kita ni."
Moorland Ballet Academy adalah salah satu bisnes yang dimiliki oleh keluarga terkaya di bandar Guilzano, bukannya Melissa tidak mengenali ahli keluarga itu, penduduk di bandar ini sangat menghormati keluarga Arison yang sudah banyak membangunkan Guilzano, mulanya dari pekan kecil sehingga bandar yang pesat membangun seperti sekarang.
Keluarga Arison adalah penduduk terawal di Guilzano, hampir keseluruhan pentadbiran diuruskan oleh keluarga ini. Isteri Fatir Khawleed Arison iaitu Marla Arison adalah pengarah utama Moorland Ballet Academy, cintanya kepada seni tarian ballerina membuatkan dia nekad untuk membangunkan akademi ini 35 tahun yang lalu, hasil daripada perkahwinan Fatir dan Marla, mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Annalise dan Enrique, namun begitu anak perempuan mereka sangat jauh dari publisiti berbanding Enrique.
Siapa saja yang tidak kenal Enrique Arison? Jejaka hangat di Guilzano yang sukar didekati, namun aktif melakukan aktiviti amal di bandar tersebut. Namun begitu, tiada ada siapa tahu apa yang jejaka ini dambakan, di kurniakan dengan raut wajah yang kacak dan mampu menawan hati para wanita di luar sana, Enrique punya citarasanya tersendiri, dia mahu seseorang yang boleh memuaskan dirinya, bukan wanita polos seperti yang keluarga Arison mahukan.
"Sir Enrique atau Annalise?" tanya Mellisa.
"Enrique Arison, jadi saya nak awak uruskan sepenuhnya untuk majlis itu, dan kalau boleh saya nak awak tunjukkan bakat awak juga, tak payah lama, persembahan tiga minit pun cukup untuk hiburkan hati anak tuan pengarah ni."
Melissa mula kecuakan, tiga minit pun seperti 30 minit buatnya, lagipun skil tarian dia juga mungkin sudah berkarat. "Madam nak saya rancang sesuatu untuk majlis ni ke? Tapi sabtu saya kerja kat kafe."
"Come on, Mel, jangan hampakan saya. Saya tahu awak memang dah lama nak menari kan? Jadi saya izinkan awak, kalau awak segan, angkut anak-anak murid awak sekali atas pentas. Okey?" cadang wanita berkaca mata itu.
Melissa mengulumkan senyuman hambar. Nampaknya terpaksa menghantar Maden ke rumah jirannya lagi.
***
SAAT Melissa menguak pintu bilik tidur Maden, anak kecil berusia tujuh tahun itu sedang asyik beradu sambil memeluk bantal busuk miliknya di atas katil, jam di dinding menunjukkan 6.30 petang, manakala majlis menyambut kehadiran anak tuan pengarah pula bakal berlangsung sejam setengah dari sekarang. Melissa mengeluh kecil, usai menyumbat dress dan kasut ballerina ke dalam beg galas, sempat lagi dia mengetatkan bun di rambut ikal mayangnya, bobby pin diselit di lebihan rambut yang mengurai sedikit di tengkuk, secalit lipstick berona rouge dicalit ke bibir sebagai penambah seri mukanya yang memang sedia bersih dari cela.
Rengekan kecil Maden kedengaran, dengan itu dia pantas meragut gugusan kunci di meja makan lalu lantas mengunci pintu apartment dengan segera, kakinya laju saja menuju ke pintu lif. Beberapa minit kemudian, Melissa tiba di hadapan apartment milik Kayla yang terletak hanya di atas tingkat saja, wanita berusia 37 tahun yang banyak membantu Melissa sejak pertama kali dia menetap di apartment itu, Kayla atau panggilan mesra yang dipanggil Melissa sebagai Kak K sangat menyayangi Melissa dan Maden seperti anaknya sendiri, malahan anak tunggal Kayla, Isaac juga rapat dengan Maden.
"Sorry Kak K, ni kali terakhir Mel minta tolong, ada majlis pula kat akademi tu." Kata Melissa yang kelihatan termengah dek kerana Maden yang semakin berisi, Melissa sudah tidak boleh dukung Maden terlalu lama seperti dulu.
Kayla memberi lalu buat Melissa untuk meletakkan Maden di katil bersebelahan Isaac, "Aduh, tak apalah, hantar banyak kali kat Kak K pun tak apa, Mel bukan orang lain, akak tak kisah langsung."
Kedua wanita itu menuju ke ruang tamu, kelihatan Melissa mengesat peluh yang mula membasahi tengkuk, sesekali itu dia mengintai wajahnya di cermin vintage berbentuk oval di penjuru ruang tamu, takut pula solekan dia yang tidak seberapa itu cair.
"Amboi lawanya malam ni, Mel." Seloroh Kayla seraya menghulurkan segelas air sejuk buat Melissa.
"Malam ni Mel disuruh menari pula kak, tu yang cuak semacam ni." Jawab Melissa, air sejuk diteguk agak rakus kerana terlalu haus. "Maden ni sihat sangatlah, berat betul badan dia."
"Mel kena cari calon suami, kalau Mel kawin nanti boleh dia dukung Maden, betul tak?" Kayla sengaja mengusik.
Melissa ketawa kecil, kurang bersetuju dengan cadangan Kayla, lelaki dan perkahwinan bukanlah keutamaan Melissa, langsung tidak pernah terlintas di fikiran untuk mencari calon suami apatah lagi teman lelaki, baginya, dia hidup hanya untuk Maden, dia mahu berikan anak kecil itu kehidupan yang sempurna dan selesa walaupun tanpa ibu bapa, Melissa tidak kisah berkorban di usia yang muda demi menjaga Maden. Cukuplah dia bekerja sebagai guru tarian dan pelayan kafe untuk menyara hidup mereka.
"Taknaklah, Mel tak terfikir lagi nak kahwin."
Kayla mengerut dahi. "Habis tu nak jadi anak dara tua?"
"Mel baru 22 tahun. Bagi Maden membesar dulu ya?" pujuk Melissa seraya membuka pintu apartment, sempat lagi dia mencubit kedua pipi wanita itu sebelum menjelirkan lidahnya.
"Aish budak ni! Jalan elok-elok, kalau penat sangat ambik je Maden esok pagi," pesan Kayla sebelum kelibat Melissa hilang disebalik pintu lif yang tertutup.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...