DUA minggu hidup Enrique tak tentu arah, jiwanya terlalu kacau dengan bisikan dan bayangan Helena saja dan di dalam kesamaran itu, wajah polos Melissa juga sentiasa timbul, umpama mencabar tahap kesabarannya.
Kau lelaki dayus dan lemah Enrique, kau tak layak untuk mana mana perempuan pun, kau layan mereka umpama sampah.
"Jujur saya katakan saya menyesal sebab termakan dengan rayuan awak, Enrique. Awak dah hancurkan masa depan saya!"
"Bagi saya ruang!"
"Berubahlah untuk diri awak sendiri."
Enrique berjalan ke bar mini untuk menuang segelas whiskey, tiba tiba pintu lif terbuka, datanglah Puan Seri Marla dengan menjinjing lunch box di tangan, bunyi hentakan kasut tumit tinggi bondanya membuatkan Enrique sedikit terkesima, seakan tak percaya yang wanita ini datang sendiri ke penthouse.
"Bonda harap Enrique tak marah bonda datang sini, security guard kat bawah yang izinkan bonda naik." Wanita ini berasalan, langkah diatur terus ke ruang tamu lalu dia melabuhkan punggungnya di sofa, memerhatikan Enrique yang masih berada di luar balkoni.
"Kenapa bonda datang sini?"
"Eh, takkan bonda tak boleh nak jenguk anak bonda sendiri? Kena buat appointment dulu ke?" soal Puan Seri Marla. "Dah berapa minggu Riq tak datang ke mansion, jadi bonda risaulah apa jadi kat Riq."
"I'm fine, bonda. Riq sibuk dengan kerja sikit." tutur Enrique seraya menuju ke mini bar dengan pantas,
botol whiskey yang sudah separuh itu disorokkan di laci.Puan Seri Marla mengeluh, bukannya dia tak tahu ketagihan Enrique pada minuman keras bermula selepas Helena tiada, hidup anaknya kucar kacir sejak itu.
"Riq nak makan? Bonda bawakan lauk favourite Riq, ayam masak kunyit. Jom kita makan."
Enrique pelawa bondanya terus ke ruangan dapur, sekurang-kurangnya perut dia terisi walaupun dia hilang selera makan sejak Melissa tiada lagi.
Melihat keadaan penthouse yang berselerak membuatkan Puan Seri Marla pening, mana perginya maid yang dia tempah khas untuk Enrique? Usai makan, dia mengarah Enrique untuk membersihkan diri memandangkan Enrique juga kelihatan seperti tak terurus.
Dia memulakan kerja mengemasnya dari dapur sehingga ke ruang tamu, vacuum diambilnya dari ruang stor untuk menyedut segala jenis habuk di karpet. Puan Seri Marla mengeluh, nampaknya fungsi maid pun tak berguna buat masa ini.
Sedang dia menghidupkan vacuum, entah macam mana pula anak matanya menangkap sehelai pakaian kecil yang terselit di celahan sofa, pakaian kecil milik wanita berwarna hitam.
Dia bawa perempuan ke sini ke? Katanya dalam hati.
Dengan menggunakan hujung jari, dia mengangkat pakaian dalam itu perlahan, kerja membersihnya terhenti seketika, dia mahukan penjelasan dari Enrique saat itu juga. Beberapa minit kemudian, Enrique muncul, segar selepas selesai mandi. Iris mata Enrique melihat bonda yang kini terduduk kaku di sofa.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...