bab 45

2.2K 73 7
                                    

KEESOKAN paginya, Melissa dikejutkan dengan serpihan kaca yang bersepah di sekitar lantai bilik mandi, rupanya cermin sinki telah terpecah, mungkin juga dipecahkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEESOKAN paginya, Melissa dikejutkan dengan serpihan kaca yang bersepah di sekitar lantai bilik mandi, rupanya cermin sinki telah terpecah, mungkin juga dipecahkan.

"Aish! Macam mana boleh pecah ni?" Melissa segera memakai selipar getah supaya serpihan tajam itu tak berjaya menusuk ke telapak kakinya.

"Riq, Riq. Awak kat mana? Kenapa cermin sinki bilik mandi pecah lagi?" laung Melissa seraya mengesat kedua mata yang masih lagi keletihan.

Melissa juga seperti sudah tahu angkara siapa, sebab itulah dia terus saja bertanya pada Enrique. Soalan Melissa tak dijawab, jadi dia meneruskan saja kerja membersihkan serpihan kaca yang bertaburan itu.

Bau scramble eggs yang digoreng menusuk masuk ke dalam hidung Melissa setibanya dia di ruangan dapur. Pertama kali juga dia melihat Enrique masak, tapi bukan itu patut dia kisahkan, dia hanya risau kenapa suami sekali lagi memecahkan kaca seperti apa yang berlaku di penthouse dulu.

"Riq, awak buat apa tu?" sapa Melissa lembut.

Enrique tolehkan kepala memandang isteri yang kaku berdiri di pintu dapur. "Masak breakfast." jawabnya pendek.

"Riq... awak okey?"

Alis mata lelaki itu tiba-tiba terkerut seribu, sempat juga dia sembunyikan kekura tangan kirinya yang masih berbaki dengan kesan darah kering di poket sweatpantsnya.

"Kau tanya apa ni? Ada aku nampak macam tak okey ke sekarang?"

Melissa merasakan perangai Enrique selalu saja berubah-ubah, beberapa saat dia akan menjadi suami yang paling baik, romantis dan memahami, beberapa saat lagi dia berubah menjadi Enrique yang dikenali Melissa dulu.

"Saya tanya je, sebab cermin sinki bilik mandi saya pecah." Melissa tersenyum basi, sejujurnya takut jiwa Enrique tiba-tiba mengamuk.

"Oh, yang tu... aku terlanggar masa aku basuh muka tadi. Maaflah." Enrique terus menuangkan pecahan telur tadi ke pinggan dan dihidangkan di meja. "Jom breakfast."

"Kalau awak tak okey, awak boleh berehat, biar saya saja yang teman Maden hari ni."

"Okey, kalau tu yang kau nak."

Malas mahu panjangkan cerita, Melissa terus menjamah masakan suaminya, bukan apa dari raut wajah lelaki itu yang suram pun Melissa tahu ada sesuatu yang tak kena. Dia cuba memecahkan suasana yang tegang itu dengan menyentuh kekura Enrique yang terluka.

"Riq, kenapa ni?"

Cepat-cepat Enrique merentap tangan kanannya dari disentuh Melissa, rahangnya mengetat, tiba-tiba banyak pula kena soal pagi-pagi buta ni, ini membuatkan darahnya naik.

"Tak ada apalah! Kenapa kau sibuk sangat nak tahu?" Herdik Enrique tanpa sedar, urat-urat di pelipis mula terlihat.

Kau patut marah dia lebih lagi, Riq, dia hanya nak tengok kau hancur saja. Tapi bagus juga kalau dia mati, supaya kau boleh dapatkan Helena semula, hihihihi.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now