MELISSA membuka langkah ke pintu balai polis dengan penuh perasaan berdebar, ya, akhirnya Melissa tekad dan yakin dengan keputusan yang bakal dilakukannya. Dia tak akan berdiam diri dan biarkan dirinya dibelenggu rasa trauma sebegini, walaupun dia sendiri tahu bahawa akan ada kesan buruk yang bakal menimpanya kelak.
"Saya nak buat aduan," kata Melissa pada anggota polis yang bertugas di kaunter pertanyaan.
Anggota polis itu terus menyerahkan sekeping borang aduan untuk diisi. Betul ke apa yang aku buat ni? Otaknya ligat memikirkan kebarangkalian yang akan terjadi jika dia meletakkan nama salah seorang daripada ahli keluarga yang terkenal di Guilzano.
Adakah Melissa akan dituduh memfitnah atau sengaja mencari publisiti? Atau adakah Melissa pula yang akan disaman oleh keluarga Arison? Dua kemungkinan ini mungkin terjadi, tapi yang jelas Melissa adalah mangsa tanpa rela Enrique malam itu, Melissa terang-terang telah diperangkap. Dan dia juga akhirnya tahu bahawa Enrique jugalah yang telah menyentuhnya pada malam dia berada di bilik persalinan, sentuhan hangat Enrique lantas membuatkan Melissa berjaya menyambungkan persoalan yang sudah lama bermain di minda.
"Isi borang tu dan sila tunggu giliran cik sehingga saya panggil." Kata anggota polis itu lagi.
Terketar-ketar tangan Melissa waktu itu, dia tidak pasti samada apa yang dia lakukan ini adalah benar ataupun tidak.
"Cik? Cik?" Panggil anggota polis itu taktala melihat Melissa yang masih berdiri kaku di hadapan kaunter. Dengan minda yang bercelaru Melissa tersedar dari lamunannya.
"Isi borang kat meja tu dan tunggu sampai saya panggil cik, ya?"
"F-faham. Faham." Tergagap-gagap mulut Melissa menjawab lantas dia menolehkan badannya untuk bergerak ke ruang menunggu.
Melissa cuba tenangkan diri, sambil menyelongkar tas tangannya untuk mencari pen, malangnya mungkin pen yang dicari tiada di situ. Adakah ini petanda kurang baik untuk Melissa?
"Nah, akak ada pen lebih, adik gunalah." Sapa seorang wanita yang duduk bersebelahan Melissa.
"Terima kasih."
"Adik nak buat report apa? Akak tengok muka adik pucat semacam saja? Adik okey?" soal wanita itu lagi.
Bukannya dia mahu jadi busybody, tapi dia perasan Melissa asyik mengelamun ketika anggota polis di kaunter menerangkan sesuatu Melissa.
"Saya okey kak. Terima kasih." dalih Melissa.
"Baiklah, akak pergi dulu, kalau ada masa kita jumpa lagi ya, bandar Guilzano ni bukannya besar sangat, kan?"
Wanita itu pamit sesudah selesai mengisi borang, meninggalkan Melissa dalam keadaan terpinga-pinga.
Ya Tuhan, betul ke apa yang aku buat ni?
***
"PUKUL berapa Mel sampai semalam? Kenapa tak call akak cakap Mel dah balik?" soal Kayla sesudah dia menapak ke ruang tamu apartment Melissa.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...