SEPERTI berada di alam lain, Melissa merasakan tubuhkan terlalu dingin, seakan mahu mengigil namun dia kuatkan juga diri untuk membuka kelopak matanya yang berat.Saat dia membuka mata, kelihatan Kayla, Joel dan adiknya, Maden sedang mengelilingi katil di mana badannya berada lemah. Kenapa Kayla
menangis teresak-esak di sisinya?"Mel... syukur Mel dah sedar, ke mana Mel menghilang? Kesian Maden tahu tak." Kayla merangkul erat jari jemari Melissa yang terasa sejuk, seakan tak bernyawa.
"Kakak, Mads rindu kakak sangat, kakak jangan pergi." Raung Maden sambil ditenangkan Joel yang hanya mampu menahan sebak.
"Baby... baby dalam perut Mel, kak K, kenapa Mel rasa sakit," Melissa memegang fabrik berwarna biru cair di bahagian bawah perut yang terasa nyilu. "Anak Mel..."
Terpaksa Kayla menggelengkan kepala. "Mel... doktor kata terlalu banyak pendarahan, rahim Mel terbuka dan Mel mengalami tumpah darah yang banyak, sayang." Kayla terus menerus mengusap kepala Melissa supaya adiknya boleh bertenang.
Melissa sebak, jika bukan kerana Enrique, pasti anak di dalam perutnya akan membesar. Dia bersumpah dia tak akan memaafkan Enrique walau apa pun yang terjadi. Itu sumpahnya.
"Apa sebenarnya yang dah berlaku kat kau, Mel? Doktor kata kau dan Enrique sama-sama cedera, siapa yang buat kau sampai macam ni?"
Melissa tak menjawab, dia hanya mampu melihat Maden memeluk erat kakinya yang terasa nyilu itu.
"Joel, tolonglah jangan serabutkan otak Melissa. Kita biarkan dia berehat dulu, ya?"
Saat Kayla membawa Joel dan Maden keluar dari wad, Melissa terpempan, dia tak mampu berkata apa-apa selain membaluti tubuhnya dengan selimut dan menangisi pemergian zuriatnya.
Haila tolak aku sehingga aku gugur sebab dia terlalu bencikan Enrique, sepatutnya aku patut ikut saja arahan mereka!
Melissa dendam, sumpah dia akan pergi dari hidup lelaki tak guna itu!
***
Suasana di dalam wad persendirian yang didiami Enrique malam itu sangat sunyi dan gelap, dia tak pasti sudah berapa lama dia tertidur selepas berada di wad kecemasan pagi tadi.
Di fikirannya hanya teringatkan Melissa saja, ke mana isterinya menghilang lagi? Enrique harus melakukan sesuatu supaya Melissa dapat mendengar penjelasan darinya, namun malang buat dia kerana dia juga tak mampu untuk bergerak sendiri.
Enrique kuatkan diri untuk mencapai kerusi roda yang berada di sudut bilik, dan dia nekad untuk mencari Melissa.
Beberapa minit kemudian dia ke ruangan kaunter wad, mujur juga jururawat yang bertugas mahu melayan kerenahnya.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...