bab 29

2.4K 79 0
                                    

NORMAN berjalan dengan membawa dua cawan ice coffee di tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NORMAN berjalan dengan membawa dua cawan ice coffee di tangan. Permandangan di tasik petang itu cukup cantik dengan sinaran matahari yang memancari permukaan tasik.

"Sorry. Saya sempat beli ni je untuk awak." Sapa Norman seraya mengambil tempat di sebelah kerusi kayu yang diduduki Melissa.

Mereka asyik memerhatikan Aulia, Hana dan Maden di hadapan mereka, sedang sibuk mengibarkan layang-layang ke udara.

Melissa tersenyum tipis. "Terima kasih." kemudian dia mencapai cawan transparent itu dari Norman.

"So, how's life?" soal Norman sebagai pembuka bicara.

How's life? Nasib hidup aku terlalu malang untuk diceritakan. "Okey je setakat ni. Awak pula?"

"Herm... boleh dikatakan saya sibuk dengan projek terbaru. Saya lebih banyak habiskan masa kat rumah  sejak kakak dan abang ipar saya dah amanahkan saya untuk jaga Aulia dan Hana. Lagipun dorang jarang jumpa saya, jadi apa salahnya saya tawarkan diri nak jaga dorang."

"Oh. Comel betul Aulia tu, Hana pulak manja sangat dengan awak. Kan?"

"Mana tak comelnya, dia dah panggil awak kakak princess." Norman tertawa kecil, terkejut juga dia tadi sebenarnya bila si kembar tu menegur Melissa semasa mereka di dalam kereta. Siap panggil kakak princess.

"Kalau awak tak jumpa saya harini mesti awak pun ingat saya macam Enrique, kan?" tiba-tiba Norman terdetik hati untuk bertanya. "Betul tak? Yelah, saya kan berkawan dengan Josiah, Gibs, dorang tu semua lahir lahir dah kaya, saya ni kena mula dari bawah."

"Saya tak pernah anggap awak macam Enrique. Saya selesa dengan awak." Dahi Melissa berkerut kecil.

"It's good then. Lega saya bila awak tak fikir saya macam dorang. Phew." Norman sengaja buat aksi mengelap peluh di dahi.

"E-Enrique sihat ke? Dia okey?"

Norman sedikit tersentak. "Eh, kenapa awak tanya pasal dia kat saya? Bukan ke awak serumah dengan dia?"

"Oh maaflah. Saya kena jaga Maden sekarang. Dah dua minggu saya tak ke penthouse." tipu Melissa, seeloknya tak mahu membuka aib rumahtangga dia yang terumbang ambing.

Sempat Norman menaikkan kaca mata yang melorot ke batang hidungnya. "Yeke? Macam tu eh, urm... saya rasa dia baik baik saja kut. Saya dah lama tak jumpa dia sejak hari pernikahan korang."

"Awak tak suka dia bernikah dengan saya?"

"Eh bukan macam tu, tu hak dia. Saya ni sebagai kawan hanya bersetuju sajalah dengan keputusan dia, apa pun awak dah jadi isteri dia yang sah." Jelas Norman, jelas terpancar riak kecewa di wajah kerana dia berasa seperti nasib Melissa seperti dihujung tanduk.

"Cuma, saya tak pasti sampai bila dia nak sorokkan pernikahan ni dari keluarga dia. Tu saja." Norman menghabiskan ayat, ice coffee yang sudah cair disisip perlahan ke mulut.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now