bab 49

1.8K 74 6
                                    

PERBUALAN masih belum terhenti, semakin lama tubir mata Melissa seolah sudah banjir dengan air mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PERBUALAN masih belum terhenti, semakin lama tubir mata Melissa seolah sudah banjir dengan air mata. Tak, aku tak boleh nampak lemah depan mata dia! Sampai bila aku nak jadi lemah macam ni?

Melissa mengesat deraian air matanya. "Kami berkenalan di akademi Moorland, saya dulu pernah berkerja sebagai guru tarian di sana-"

"Maaf, kalau kamu cakap pun, bukan bonda yang bertanggungjawab ambil kamu bekerja, bonda hanya pengarah utama saja. Jadi, berapa lama pula kamu ada hubungan dengan Enrique?"

"Hampir setahun," terang Melissa.

"Singkat sungguh, betul ni kamu berdua belum lagi pernah bersama? I mean bersama sebelum berkahwin?" soal wanita ini dengan riak selamba.

Melissa geleng kepala buat kesekalian kali. "Tak, tak pernah."

"Baiklah, kamu ada keluarga? Ibu bapa? Adik beradik?"

"Ada, saya ada adik."

"Parents?" Entah kenapa Puan Marla mahu sangat mengetahui latar belakang menantunya ni. "Mana parents kamu?"

Jantung Melissa berdegup laju, dia cukup terseksa dan trauma sekiranya soal ini ditanya orang, tambahan pula oleh ibu mentuanya sendiri. Bukan saja diri malahan emosi dan jiwanya juga terganggu. Kenapa perkara ni perlu disoal sekarang? Getusnya.

"Ibu bapa saya dah meninggal dunia, accident kereta. Tujuh tahun lepas."

Riak wajah Puan Marla berubah sikit, baru dia tahu Melissa ni adalah anak yatim piatu. "Habis tu siapa yang jaga kamu lepas parents kamu meninggal?"

Melissa tersenyum kelat. "Makcik saya, tapi saya lagi rela jaga adik saya sendiri dari menumpang dia."

"Boleh bonda tahu nama penuh kamu?"

"Nama saya Melissa Madari."

Wanita itu terus hilang kata-kata.

***

"Aku bukan dibayar untuk jadi bibik kat rumah Arison tu lah! Aku nak advance payment sekarang!"

Haila mengeluh sambil mencampakkan tas tangan ke atas sofa. Josiah ni pun satu, selamba saja datang ke apartment usangnya yang bakal roboh tak lama lagi tanpa memberitahu dia dulu.

"Relaxlah auntie, tak baik marah marah tau, nanti tak dapat payment baru tahu," usik Josiah sambil menghidupkan api ke putung rokok yang terletak di tepi mulut. "Kenapa badmood ni?"

"Pasal aku dah tak sabar lagi nak racun si bangsat tu! Dan kau tahu kan sekarang anak buah aku yang sundal tu dah berkahwin dengan dia pulak? Lelaki yang dah bunuh adik aku?"

"So? Apa masalahnya? Bunuh jelah dia kan? Kau nak ke tengok anak buah kau jadi gila sebab dia?" tanya Josiah selamba tanpa sebarang riak serius. "Bunuh dia tapi perlahan-lahan. Bagus tak idea aku?"

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now