bab 11

3.3K 93 0
                                    


MELISSA menghidangkan dua cawan caramel macchiato pada pelanggan di meja, hari itu dia terpaksa bekerja setengah hari saja di akademi memandangkan kafe D'Ullerro kekurangan staf.

"Mel, jangan lupa customer kat meja nombor lima pesan blueberry cake dan ice coffee." Pesan Joel di kaunter.

Melissa tersenyum kelat, dia menyesat kesan peluh yang membasahi dahi dengan belakang tangan tanpa berkata-kata.

"Ehem! Mel. Order meja nombor lima dah siap!" Jerit Nathan pula seraya meletakkan secawan ice coffee dan sepotong kek ke dalam dulang.

Melissa mengeluh berat, dia hairan kenapa ramai pula pelanggan yang rajin dine-in berbanding take away. Melissa menjelingkan anak mata taktala Nathan mengeyitkan sebelah mata, teringat pula dia pada teman lelaki Stella semalam.

"Mel, kau okey?" Joel bertanya prihatin. "Kau boleh tak jangan buat muka monyok macam tu depan customer? Kalau manager nampak habislah kau."

"Sorry, saya penat sangatlah, lepas saya balik dari rumah Sir Enrique malam tadi, Maden buat hal tak mahu tidur."

Joel terpana seketika. "Wait? Kau pergi mana malam tadi? Aku salah dengar ke?" tanya Joel dengan wajah tidak puas hati.

"Awak ni kenapa? Saya ada kelas dengan dia semalam." Jawab Melissa tenang. "Dan kenapa awak nak marah sangat? Dia bayar saya, okey?"

"Kau pergi hantar order ni dulu, kita berbincang lepas habis kerja sajalah." Joel berpaling seolah dia sentap dengan jawapan Melissa.

Dulang yang terisi dengan pesanan itu diangkat Melissa dengan berhati-hati di meja nombor lima.

"Eh? Miss Stella?" Tegur Melissa sebaik saja dia meletakkan makanan dan minuman ke meja.

"Oh hai Melissa, Enrique suggests that I should come here because you guys serve the best coffee in town, right?"

Melissa hanya mengangguk, memang tak dapat dinafikan Kafe D'Ullero memang terkenal kerana variasi kopi mereka yang berkualiti.

"Anyway, kebetulan you ada kat sini, apa kata you teman I pergi shopping nanti?"

Melissa menunjuk dirinya sendiri di dada. "Saya ke Miss Stella? Teman lelaki miss tak boleh teman? Lagipun saya masih bekerja ni."

Melissa membuat muka bosan, Gibran? Teman Stella shopping? Katanya hanya membazir duit, padahal Stella menggunakan duit dia sendiri.

"Shopping dengan lelaki boringlah, lagipun Enrique nampak kita berborak di dapur semalam, dia ingat you dah selesa dengan I, so that's why one of the reason I datang ke sini pun sebab dia suruh I carikan you dress untuk ke majlis amal tu." Terang Stella panjang lebar, blueberry cake tadi dipotong kecil sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

Melissa menggaru belakang lehernya. Nak cakap apa pada Joel? Mesti dia tercari Melissa ke mana lepas tamat kerja nanti.

"Saya habis pukul kerja 5.30 petang. Tak apa ke kalau Miss Stella nak tunggu?"

Wanita itu menayangkan jam buatan Itali ke mukanya. "Good, lagi sejam saja, so I boleh tunggu sini sambil makan kek."

Sebenarnya kedatangan Stella ke kafe pun memang dipaksa Enrique, tak pasal pasal Stella kena batalkan meeting dengan client demi kawan baik, Stella sanggup juga berkorban, tetapi dia langsung tidak tahu menahu tentang plan jahat Enrique untuk mendapatkan Melissa. Dia hanya fikirkan yang Enrique sudah mula mahu mengadakan hubungan serius.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now