BUNYI ketukan bertalu-talu di pintu apartment lantas membuatkan Melissa terjaga dari tidurnya. Dia mencapai cardigan dan menukar baju tidurnya tanpa memperdulikan bunyi ketukan tadi.
Siapa pula datang ketuk rumah orang malam-malam buta ni?
"Ya pakcik. Kenapa ya?" soal Melissa sambil menguap kecil.
"Kamu kena turun bawah, ada lelaki cari kamu." kata jiran sebelah rumah Melissa yang kebetulan baru saja pulang dari kerja sebagai pengawal keselamatan. "Pakcik tengok dia macam orang tak betul dah tu."
Melissa menolehkan kepala ke arah jam yang tergantung elok di dinding, 12.30 malam.
"Err... betul ke lelaki tu cari saya?" Melissa mulai ragu-ragu, entah-entah pakcik ni memandai saja buat andaian. Maklumlah pakcik ni juga kata yang dia sebenarnya rabun malam tapi masih kuat bekerja.
"Dia memang cari kamu, masa pakcik parking motor tadi, tiba-tiba dia terjah pakcik dari belakang, tanya Melissa kat mana. Setahu pakcik kamu tu lah Melissa kan? Siapa lagi. Tapi kau hati-hatilah, lelaki tu macam mabuk aje pakcik tengok." terang lelaki separuh abad itu lagi.
Dengan perlahan pakcik itu terus saja meninggalkan Melissa terpinga-pinga.
"Siapa pula cari aku tengah malam?"
Helaian rambut panjang Melissa terselerak ketika dia menuruni tangga, masa masa cemas macam ni mahu tunggu lif pun rasa seperti terlalu lama. Selang minit kemudian Melissa tiba ke lobi apartment. Dan tak berapa jauh dari situ, dia terlihat ternampak figura lelaki sedang duduk mencangkung di tepi Mercedes Benz.
Melissa mula berpeluh sakan, bukan kerana cuaca malam yang membahang, bahkan cuaca malam itu agak dingin.
"Apa awak buat kat sini?" sapa Melissa dari belakang, dia mengetatkan pelukan di tubuhnya.
Enrique tersenyum lebar, dia cuba datang rapat pada Melissa yang masih menunggu jawapan darinya, senyumannya hanya meleret saja.
"Kenapa dengan awak ni, Riq? Awak mabuk ke?" badan Melissa mengendur kebelakang sedikit. "Kenapa dengan awak ni sebenarnya?"
Enrique meraup wajahnya gelabah, butang kolar baju ditanggalkan kerana manik-manik peluh sudah mula membasahi pelipis dan pangkal tengkuknya. "Baby listen... aku taknak bercerai."
"Riq, awak baliklah, kalau orang lain kat sini nampak, nanti awak juga yang susah." Rayu Melissa, tubuhnya bergerak kebelakang supaya Enrique tak dapat bergerak rapat padanya. "Pergi balik ya? Kita bincang lain kali." Kali ini Melissa terkata dengan nada lembut, dengan harapan lelaki ini akan faham.
"Taknak! selagi kau taknak terima aku, aku akan terus merayu pada kau," Enrique melulut dihadapan Melissa, kedua tangannya melekat di atas tar jalan. "Please I beg you!"
"Riq, tolong, balik. Jawapan saya masih sama. Ini untuk kebaikan kita juga."
"Tak, dah berapa kali aku kata aku nak kau bersama aku? Kau tak faham lagi?" Rayu Enrique pula. "Just be with me."
"Bagi saya masa. Kalau awak betul-betul mahukan saya. Berubahlah, saya nak awak berubah. Dengan keadaan awak yang macam ni, awak ingat semudah tu saya nak terima awak?" soal Melissa tegas.
Lelaki itu bangkit, dengan senyuman lebar yang penuh bermakna, netra hazelnya mencari wajah Melissa dalam kesamaran malam.
"Yes! I swear. Aku akan berubah untuk kita. Trust me!"
Sejujurnya Melissa kurang pasti dengan keputusan yang bakal dia pilih, bersama lelaki ini sememangnya satu cabaran yang besar.
"Kalau kau bagi aku, aku akan berubah untuk kau. Ya?"
Pertanyaan Enrique tak dibalas Melissa, sebaliknya dia hanya tersenyum kecil. Baik buruk pun mereka ada ikatan yang sah, jadi kalau dia sendiri dah yakinkan Melissa yang dia akan berubah, apa salahnya jika dia berikan masa itu?
***
Maden terkejut beruk apabila ternampak seorang lelaki yang sedang tidur nyenyak di atas sofa dengan berselimutkan cadar kegemarannya, selimut Robocar Poli pemberian dari Mama K.
"Kakak!" Maden terjerit kecil lalu berlari ke arah Melissa yang sedang memasak di dapur.
"Ya? Kenapa menjerit pagi-pagi ni?" Melissa mencekak pinggang, bukannya dia tak tahu yang Maden pasti akan terkejut melihat Enrique nyeyak tidur di sofa itu, saja Melissa pura-pura tak tahu.
"Siapa kat sofa tu?"
Pagi tadi, Melissa terpaksa terjaga lebih awal hanya semata-mata untuk mencuci muntah Enrique yang berterabur dihadapan pintu apartment. Sudahlah malam tadi saja dia sudah menjadi melihat perangai Enrique yang kemabukan teruk.
Dan Melissa berharap ini adalah kali terakhir, dia cuma mahu suaminya untuk berubah.
"Kakak nak Mads halau dia?" soal Maden acah berani. "Tapi badan dia besar pulak,"
"Sudah tu, pergi mandi, lepas ni kakak hantar Mads pergi sekolah." Melissa mematikan perbualan mereka.
Selesai menghantar Maden ke sekolah, Melissa tiba di apartment sekitar jam sembilan pagi, merasakan keadaan di ruang tamu masih lagi sunyi sepi, dia pasti Enrique tentunya masih belum terjaga dari tidur.
"Nak masak apa ni?" rungutnya sendiri, sling bag dan selendang yang terlilit di leher dilonggarkan lalu digantung ke hook. "Masak jelah apa-apa pun. Lepasni dia balik juga."
Dia mula mencari bahan-bahan untuk dimasak, hanya masakan yang mudah dan cepat saja yang terlintas di fikirannya. Beberapa minit kemudian dapur mula berasap, bau nasi yang digoreng memenuhi ruang udara. Sedang dia kusyuk memasak, tiba-tiba terasa ada susuk tubuh yang membelakanginya.
"Good morning baby," sapa Enrique lalu mencium lembut kedua pipi si isteri, entah kenapa dia merasakan Melissa kelihatan terlalu cantik buatnya, tambahan pula dia manis mengenakan sundress paras lutut.
"Riq, saya nak masak ni," bidas Melissa kekok, terasa janggal dengan kelakuan Enrique.
Satu kucupan lagi diberikan di pipi Melissa, tangan kekar Enrique mula melingkar di pinggang Melissa. "But I wanna kiss you so bad."
"Ya, tapi bagi saya masak dulu ya?" Pujuk Melissa yang masih tak menolehkan kepala memandang Enrique.
"Babe, look at me." Arah Enrique, kedua tangan memegang bahu Melissa.
"Okay, saya pandang awak. Sekarang apa?"
"Aku minta maaf atas segala perkara yang aku pernah buat pada kau dulu, I let you suffer alone, aku suami kau yang sah tapi aku langsung tak act as a husband, the one yang kau sepatutnya harap.Aku gagal, kan?" Mata redup Enrique tertancap pada sepasang mata yang berjaya membuatkan egonya rendah.
Dia yakin Melissa bukan seperti Helena. Melissa tak akan mensia-siakan dia.
Kan?
"Saya happy sebab awak akhirnya sedar kesalahan awak. Saya terima awak semula, Riq. Dan saya harap awak tak akan sesekali sia-siakan saya." balas Melissa dengan senyuman kecil.
Enrique merapatkan wajahnya, dia meratapi wajah sang isteri dengan teliti. Kau bodoh sebab terlalu ego dulu! Dengan perlahan jarinya menyentuh halus alis mata dah sudut bibir Melissa. Tak dinafikan nafsunya mula bergelodak, wajah persis bidadari ini selalu berlegar di dalam fikirannya dan kini Enrique sendiri dapat menyentuhnya dengan penuh kasih sayang.
"Boleh aku cium kau?"
"Kenapa perlu minta izin?" Melissa sengaja mengusik Enrique. "Cium jelah tapi tak boleh lama tau, saya kena masak."
Dengan sekali dongakan, Enrique mencantumkan belahan bibir mereka, kucupan hangat ini ternyata menyedarkan Melissa bahawa Enrique sudah mula menerimanya.
Dia harap ianya akan kekal begitu.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...