MATA Puan Seri Marla terbuntang luas, begitu juga Annalise yang hanya memerhatikan saja mereka dari jauh."Bonda tak salah dengar kan?" ibunya melemparkan senyuman hambar.
Enrique hanya beriak biasa, kemudian dia melihat kakaknya pula datang menyusul dari arah dapur.
"You ni memang sengaja nak buat ayah dan bonda marah kat you ke?" terjah Annalise sambil mencekak pinggang. "Dari dulu suka menyusahkan kami, kenapa dengan you ni sebenarnya?"
"Shut up Elise, you jangan masuk campur hal I-" ujar Enrique dengan tenang.
Bondanya hanya terdiam, walaupun begitu, riak wajahnya tak boleh menipu perasaan kecewanya pada Enrique, apa yang kurang sampai anaknya sanggup menyimpan rahsia dari dia? Sedangnya dia telah cuba sedaya upaya untuk merapatkan semula hubungan mereka.
"You ni memang tak sayangkan bonda dan ayah kan? Dalam hidup you, you hanya fikirkan diri you sorang saja! I tak fahamlah apa yang ada dalam kepala hotak you sampai you dah kahwin pun kami langsung tak tahu, sedangkan you sendiri yang suka cari masalah!"
"Elise, cukuplah tu, bonda taknak dengar lagi semua ni," raya Puan Seri Marla pada anak sulungnya. "Cukup, dia datang sini sebab dia nak bagitahu kita pasal hal tu kan?"
Elise tersenyum sinis. "Huh, itu pun after a month baru dia berani nak bagitahu kita? Dia fikir kita ni apa?!"
"Cukuplah Elise, kita boleh berbincang dengan baik," bentak ibunya lagi. "Jangan keruhkan keadaan."
"Elise dah penatlah nak menghadap masalah dia lagi, Elise jujur dah tak sanggup, bonda dan ayah hanya fokus pada masalah dia berbanding Elise, jujur Elise kata, Elise rasa macam dianak tirikan saja! Elise dah penat!" jelas Annalise pada ibunya.
Enrique hanya menundukkan wajah saja taktala Annalise membuat pengakuan, ya dia tahu dia memang bermasalah dan hanya menyusahkan keluarganya saja, dan Annalise berhak untuk berkata begitu.
"Bonda dan ayah sayang Elise dan Riq sama rata, jangan cakap macam tu sayang." Pujuk Puan Seri Marla.
"Elise malas nak masuk campur hal Riq lagi, Elise akan cepatkah tarikh perkahwinan Elise dan Adam dan Elise akan ikut dia pindah di Cedara. That's it."
Annalise lantas bergerak ke arah tangga dan meninggalkan dua beranak itu terdiam di ruang tamu.
"Riq, kenapa boleh jadi macam ni? Riq tak sayang kakak Riq ke?" Puan Seri Marla meraup wajahnya yang kerisauan. Sudahlah Adam bukan menantu pilihan dia, dan sekarang anaknya mahu berpindah pula.
"I'm sorry, Riq memang banyak menyusahkan keluarga kita." Enrique menghela nafasnya dalam. "But it's fine, isteri Riq nak minta diceraikan pun."
"Apa sebenarnya motif perkahwinan Riq dan perempuan ni? Dia perangkap kamu ke?" soal ibunya.
Enrique laju menidakkan persoalan wanita itu. "No, it's complicated. But I swear it was just a mistake, and will never happen again." dia berkata yakin walaupun hatinya rancak menipu.
Sejujurnya Enrique juga tak tahu apa yang dicakapnya, kata hati dan mulutnya langsung tak seiring.
"Tak, teruskan saja perkahwinan Riq dan dia, bonda tak mahu dia menuntut sesuatu dari kamu nanti." Tegas Puan Seri Marla.
***
Hari tu cuaca di bandar Guilzano agak lembab kerana hujan sejak tanpa henti sejak tiga hari lalu, Melissa keluar dari perut kereta dengan perasan berdebar, banggunan yang berdiri mewah di sebalik jalan itu membuatkan dia bertambah cuak dan gemuruh.
Dia memegang envelopebersaiz A4 di tangan, langkahnya diatur ke pintu utama banggunan tadi. Pengawal yang menjaga seperti sudah kenal dengan Melissa, dia terus membawa Melissa naik ke tingkat atas di mana lokasi penthouse terletak.
Dengan perasaan gemuruh, dia menekan butang lif. Sedetik. Dua detik. Seminit kemudian akhirnya dia tiba di lobi penthouse Enrique. Hanya tuhan saja yang tahu betapa takut dan gemuruhnya jiwa raga dia ketika itu. Tiada Kayla ataupun Joel di sisi. Cuma dia, dia akan berhadapan dengan Enrique untuk kali terakhir, Melissa akhirnya akan bebas dari dunia lelaki yang tak berperasaan ini.
Cumanya, Melissa berharap perasaan bodohnya ini akan hilang. Enrique sikit pun tak mendatangkan kebaikan buatnya. Perkahwinan berlandaskan nafsu dan dendam, memang tak akan diberkati tuhan langsung,
Bunyi tapak flat shoes Melissa kedengaran, daun pintu lif penthouse semakin lama semakin dekat pada wajahnya yang pucat.
"Kau boleh buat, Mel. Kau janji nak ikut Joel untuk lupakan dia!" Gumam Melissa di dalam hati.
Taktala pintu lif terbuka, penglihatan Melissa akhirnya tertancap pada figura tegap yang membelakanginya, sedang asyik melihat permandangan senja di luar balkoni.
Bunyi ting! lantas membuatkan Enrique tersedar dari lamunannya, batang rokok yang terselit di tangan sudah pun hampir pendek, dan buat kali terakhir dia membuat sedutan padu sebelum dicampakkan ke luar balkoni.
Entah kenapa mulut Enrique terkunci rapat, walaupun dia cuba berjalan tanpa menggunakan tongkat, rasa sakit di kaki hanya tak diendahkan.
Perlahan dia berjalan menuju ke figura Melissa yang berdiri di hadapan pintu lif sambil menunduk, tipulah kalau Melissa tak takut, tambahan pula Enrique semakin lama semakin datang mendekat padanya.
"Kenapa datang sini?" suara garau si suami menyapa.
Melissa menelan air liur, wajahnya masih lagi tertunduk kaku. "Pasal penceraian kita?"
"Oh yang tu. Cerai? Bila? Sejak bila pulak?" Enrique tinggikan oktaf suaranya sedikit. "Siapa suruh kau pandai pandai buat keputusan ni?"
Akhirnya kepala Melissa terangkat. "Kita tak boleh bersama, kita tak boleh!" Tegas Melissa, bebola matanya bergerak-gerak menahan diri dari melawan lelaki itu,
"Aku tak akan lepaskan kau! Faham tak?!" Enrique tiba-tiba menyeringai, dia tahu barannya tak akan boleh hilang bila Melissa ada dihadapannya.
"Tolonglah, jangan buat perkara ni jadi rumit, kita bercerai lebih baik, Riq. Saya teruskan hidup saya dan awak teruskan kehidupan awak."
Enrique meraup wajahnya yang membahang, secara tiba-tiba kedua lengan Melissa ditarik kasar supaya badan mereka lebih rapat. "Aku dah bagitahu bonda pasal kita, tolong fikir benda ni masak masak, please Mel." Rayu Enrique, dia berbisik pada telinga Melissa rapat sebelum mengucup pula pipi wanita itu. "Baby please." Enrique menjatuhkan wajahnya di bahu Melissa, sekali lagi kedua lengan isterinya diusap perlahan. "Aku hampir jadi gila sebab dia, hanya kau saja yang boleh tolong aku, so please don't leave."
Sebab dia?
"Tak. Saya tahu keluarga awak akan bencikan saya." Melissa menolak dada bidang lelaki itu namun Enrique mengetatkan lagi pelukannya. "Lepaskan saya dan kita berpisah!"
"Mel. Kau tak sayangkan aku? Aku ni suami kau!" Jelas Enrique lagi.
"Saya cuba! Tapi saya tahu semua tu salah!"
"Tapi aku tak rasa benda tu salah sebab aku rasa aku dah mula sayangkan kau! Kau faham tak?!"
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...