"SO both of you memang tak mahu gantikan ayah dan bonda untuk ke majlis amal tu ya?" Tuan Fatir mulakan topik ketika mereka sedang malam di rumah agam seperti biasa.
"Tak boleh ayah, Elise ada lawatan di warehouse dengan Adam." jawab Annalise bersahaja sambil mengunyah nasi, bagi Annalise melibatkan diri dalam majlis seperti bukanlah minat dia memandangkan dia lebih suka bekerja di belakang tabir saja tanpa publisiti.
"I'll go. Bukan ayah bincang dengan Riq ke?" Celah Enrique yang menayangkan wajah kosong.
Puan Sri Marla mengulumkan senyuman, rasa bangga dengan anak lelakinya kerana begitu rajin libatkan diri dalam majlis sebegitu.
"Oh ya, ayah lupa. Anything just let me know. I hope Riq pandai bawak diri dalam majlis tu nanti." Pesan Tuan Fatir.
"Abang... tahulah dia nak jaga diri," protes Puan Sri Marla pada si suami.
"Yeah, he should bonda, I don't trust him at all." ujar Annalise sengaja mengeruhkan lagi keadaan.
"Fuck you Elise, fuck you." Kata Enrique kepada kakaknya dengan nada selamba.
"Elise, tolonglah jangan mulakan semua ni, depan rezeki takkan kamu nak bergaduh dengan adik kamu?" Bidas Tuan Fatir seraya memicit pelipis pula.
Annalise mengetap bibir, rahangnya mengetat teruk. Geram dengan sikap ayah dan bonda yang selalu saja menangkan anak lelaki mereka.
Tapi semua ini terjadi selepas satu peristiwa yang menimpa keluarga mereka.
***
"OKEY ke dress ni? Tak seksi sangat ke, kak?"
Kayla hanya memerhatikan saja kelakuan Melissa di hadapan cermin, hujung dress atas lutut itu ditarik tariknya hingga ke bawah lutut.
"Mel, cuba bertenang sikit. Dress ni sopan je akak tengok."
Dress yang dipilih Stella ini memang menambahkan lagi seri wajah Melissa, dengan solekan tipis dan dandanan rambut yang elok disanggul longgar, dia kelihatan sangat lain pada malam itu.
"Susahlah Mel nak jalan macam ni, kena tahan-tahan. Aish." Bebel Melissa, dia berlari ke rak kasut untuk mendapatkan high heels yang dipinjam dari Kayla.
"Balik pukul berapa ni?" soal Kayla sambil membetulkan huraian rambut Melissa yang jatuh di bahu.
"Tak pasti. Tapi kalau Maden buat hal, akak call je Mel. Ya? Bye, pergi dulu." Melissa Pamit meninggalkan apartment Kayla.
Setibanya dia di perkarangan apartment, Mercedez Benz milik Enrique sedang menunggu kehadirannya di parkir kereta. Seorang lelaki lingkungan umur 50an menyambut kedatangan Melissa di hadapan pintu kereta.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...