bab 2

3.8K 135 3
                                    

BAU citrus dari helaian rambut wanita bernama Melissa membuatkan Enrique mula terbayang wajah wanita itu yang begemerlapan di atas pentas, walaupun hanya seketika, itu sudah memadai buat Enrique, dia tidak boleh biarkan rahsianya terbongkar begitu...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BAU citrus dari helaian rambut wanita bernama Melissa membuatkan Enrique mula terbayang wajah wanita itu yang begemerlapan di atas pentas, walaupun hanya seketika, itu sudah memadai buat Enrique, dia tidak boleh biarkan rahsianya terbongkar begitu saja, cukuplah dia sudah dapat menyentuh wanita itu dengan sentuhan hangatnya, sentuhan dari seorang lelaki yang kegersangan.

Enrique tersengih sendiri, masih ada banyak masa untuk dia memainkan watak sebagai lelaki yang sangat menghormati wanita demi untuk mengumpan wanita yang lemah seperti Melissa, dia tahu caranya, senang saja.

"Makan, Riq, kamu buat apa kuis-kuis makanan tu, dari tadi bonda perhati kamu tersengih sorang-sorang," Celah bondanya kehairanan.

Enrique berdehem, rambut hitam beralun yang sedikit kebasahan diselak supaya dahinya lebih kelihatan, matanya beralih ke arah wajah Annalise yang membuat muka jijik pada adik lelakinya.

"You're daydreaming, aren't you?" sampuk Annalise yang sedang asyik mengunyah asparagus gril di mulut. "Mesti pasal perempuan, jijiklah muka you."

"Kenapa pula muka I jijik? Ada kacau hidup you ke, Elise?" protes Enrique yang mula menyuap nasi ke dalam mulut.

"Mestilah kacau sebab you tu gatal, semua perempuan nak cuba!" seloroh Annalise.

"Fuc-"

Sebelum mendengar anak lelaki tunggalnya mula mengeluarkan kata-kata kesat pada Annalise, Puan Seri Marla mula naik berang, sudu dan garfu yang berada di tangan dihempasnya perlahan ke meja. "Stop it, both of you!" bentaknya. "Boleh tak jangan bertekak depan rezeki?"

Hanya Annalise yang menundukan kepala sebelum meminta maaf, manakala Enrique pula sambung mengunyah daging masak kunyit di pinggan, beriak selamba saat kedua wanita itu memandangnya dengan pandangan tajam.

"Sorry, bonda. It will never happen again." Tutur Annalise.

Bagi Enrique mujurlah dia menetap berasingan dengan keluarga, jadi segala perbuatan dan kegiatannya jauh dari penglihatan mereka, bondanya barangkali akan mengamuk jika dia tahu bahawa anak lelakinya ini sering bertukar wanita setiap minggu, mengadakan parti tertutup di kondonya setiap malam jumaat, berpesta arak dan wanita jika ada masa kelapangan, namakan saja kerja jahat Enrique, pasti Annalise juga akan berkata yang dia sangat jijik dengan perbuatan adiknya itu.

Memang betul dia jijik, jadi apa masalahnya?

"Riq, lama lagi ke kau nak sampai? betina kau ni dah tak sabar nak merasa kau."

Bunyi muzik yang bingit di sebalik talian membingitkan telinga Enrique yang sedang ralit memandu, rakan baiknya, Josiah sengaja merapatkan speaker di telefon supaya Enrique menyumpah seranah akibat bunyi yang terlalu melampau bisingnya.

"Fuck off, Josh, aku tengah drive ni."

Talian segera dimatikan, tekaknya sudah mula kehausan mahu meneguk wain mahal yang dimilikinya di rumah. Setiba saja dia di kawasan perumahan elit, dia segera parkirkan keretanya di parking lot, lengan kemeja disinsingkan hingga ke atas siku, tali leher pula dilonggarkan , pun begitu dia masih lagi tidak henti mengulumkan senyuman sinis bila dia teringatkan kejadian petang tadi di akademi. Kedua belah tapak tangannya masih lagi menyimpan bau haruman rambut wanita itu, sesekali dia menyelak helaian rambutnya yang berselerakan.

Dia mahukan wanita itu, segera, walau apa cara sekalipun.

Pintu lif yang menghubungkan penthousenya terbuka, iris mata Enrique meliar melihat kelibat Josiah yang asyik berpelukan di atas sofa dengan wanita yang dilanggannya dari rumah pelacuran, Enrique mengeluh, tali leher yang sudah longgar dicabutnya dari leher, lalu dicampakkan ke lantai dengan malas.

"Josh! Serahkan dia kat aku, aku tak ada masa malam ni, I have a mission tomorow."

Alis mata Josiah terangkat, misi? Apa maknanya misi? Dengan senyuman sinis, Josiah meletakkan putung rokok di bawah bibir sebelum menghidupkan api dengan selamba. "Apa mission?"

"Aku akan bagitahu kau nanti, kau tunggu saja."

Satu sedutan padu dikenakan, Josiah melonggarkan pelukan pada wanita tadi sebelum mengucup pula bibirnya yang munggil. "Lepas kau layan dia, layan aku pula, okey?" tangannya kuat mencengkam dagu wanita itu, seperti memberi amaran.

Wanita itu kemudiannya berjalan dengan penuh gaya menggoda ke arah Enrique, tali dress pendek yang disarung sengaja dilabuhkan sebelum tangan kekar Enrique mula meramas punggulnya.

"Don't tease me, slut." Bisik Enrique di telinga wanita itu.





***


Melissa mengurut lembut pelipisnya yang terasa berat, hari ini dia terpaksa meminta cuti daripada Madan Joan, alasannya kerana kurang sihat. Jarang sekali sebenarnya dia mahu bercuti seperti ini, namun kejadian malam tadi membuatkan dia tidak dapat tidur nyenyak, hampir paranoid barangkali. Plan makan malam dengan Joel juga terbantut semalam, kesian juga bila dia terfikir wajah sugul Joel taktala dia merayu supaya batalkan saja makan malam mereka, mana tidaknya, Melissa berpeluh satu badan tanpa henti malam tadi.

Lepas menghantar satu message pada Joel, kedua kakinya berat melangkah ke dapur, hasratnya mahu meneguk segelas air dan kembali ke bilik tidur untuk mandi pula. Mujur Maden masih berada di tadika, jadi adalah masa dia melawat Joel di kafe sebentar.

Seluruh badan Melissa mula berasa segar bugar kembali setelah dia selesai mandi, baggy jeans dan knitwear sweater disarungkan ke badan, tiada sebarang solekan dikenakan, rambut panjang mengurainya dibiarkan tanpa ikatan memandangkan cuaca di Guilzano agak dingin ketika itu. Setibanya dia di hadapan kafe, iris matanya terarah pada Joel di kaunter, sedang kusyuk membancuh kopi untuk pelanggan di situ.

"Hi, sibuk ke?" tanya Melissa yang berdiri disebalik kaunter.

"Kau rasa aku sibuk ke tak?" tanya Joel acuh tak acuh, hatinya masih merajuk dengan kejadian malam semalam, mana tidaknya sanggup Joel minta pulang awal semata-mata untuk menempah tempat di restauran tiba-tiba Melissa suruh batalkan pula.

"Sorry, Joel. Saya tak sedap badan semalam, mungkin kita boleh plan hari lain kan?" soal Melissa.

Joel memeluk tubuh, bancuhan kopi diserahkan pada barista lain, dengan itu dia menanggalkan apron dan keluar dari kaunter.

"Okey bila? Tapi janji kau jangan suruh aku batalkan ya?" Anak mata Joel membulat, memandang wajah pucat Melissa di hadapannya. "Kau tak sihat ke, Mel?" Joel mendepakan belakang tangannya di dahi Melissa yang membahang. "Dah makan ubat ke belum?"

Melissa hanya mengangguk, senyuman lebar terbentuk di mulutnya, berasa lucu dengan tingkah laku Joel yang tiba-tiba saja prihatin seperti doktor.

"Nak jaga kau ni bukan mudah, Mel. Banyak aku kena belajar pasal kau."

Gurauan Joel membuatkan Melissa merasa sedikit janggal, bukannya dia tidak tahu yang rakannya ni memang dalam diam menyimpan perasaan padanya, namun dia sudah berjanji bahawa dia tidak akan sesekali bercinta demi Maden dan kehidupan mereka.

"Awak mengarut apa ni, Joel, aish." Melissa menepis lembut tangan Joel di dahinya. Gelak ketawa mereka kedengaran di situ.

Enrique berdecit kecil, cermin kereta disorotkan ke bawah untuk melihat aksi kedua manusia di sebalik jalan raya yang memisahkan mereka, wanita yang didambakannya sedang asyik bergelak ketawa dengan lelaki selekeh seperti itu? Puas Enrique bergegas ke akademi demi melunaskan misinya, namun semua itu mati sekelip mata bila staf di akademi mengatakan bahawa Melissa cuti sakit hari itu.

"Are we good to go, Sir?"

"Go." Arah Enrique dengan tegas.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now