bab 34

2.4K 83 0
                                    

PETANG itu, sengaja Josiah membuat lawatan ke work station Gibran, anak matanya liar mencari kelibat Enrique di sekitar ofis namun hasilnya kosong, Enrique hilang entah kemana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



PETANG itu, sengaja Josiah membuat lawatan ke work station Gibran, anak matanya liar mencari kelibat Enrique di sekitar ofis namun hasilnya kosong, Enrique hilang entah kemana.

Josiah hairan, setahu dia, Enrique belum pernah lagi gagal hadirkan diri ke ofis walaupun mereka selalunya akan hangover teruk akibat dari aktivit tak berfaedah yang mereka lakukan pada waktu malam. Josiah cuba beriak biasa saat dia melabuhkan punggungnya ke kerusi bersebelahan Gibran, rakannya ni kelihatan agak fokus menyiapkan plan kompleks sukan yang bakal siap beberapa bulan lagi.

"Gibs, kau nampak Riq tak? Aku cari dia kat bilik dia tadi tapi kosong pula." Josiah berkerut dahi, sebelah tangannya meraba poket seluar untuk mendapatkan telefon bimbit.

Dia cuba mendail nombor telefon Enrique, tapi hanya bunyi pesanan suara pula yang terdengar.

"Dia off phone dia? Tuan Fatir tak mengamuk ke?" Josiah kembali dengan sikap kurang seriusnya, bila teringatkan wajah bak singa Tuan Fatir, lucu pula rasanya.

Kedua mata Gibran masih terlekat di skrin komputer, bukannya dia malas nak melayan Josiah, tapi kerjanya lebih penting dari memikirkan rakannya itu. Gibran pun semakin malas nak fikir, sudahlah teman wanita dia asyik mendesak untuk berkahwin, bila mengenangkan bekas teman wanita pula sibuk menjaga Enrique di hospital, terasa menyesal pun ada.

Bila Gibran fikiran semula, raut wajah Melissa saling tak tumpah seperti Helena. Mungkin itu penyebab kenapa Stella menelefonnya beberapa jam sebelum Josiah muncul dan memberitahu dia bahawa Enrique sedang berada di hospital kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya malam tadi.

Kata Stella lagi, Enrique dibawah pengaruh dadah dan alkohol, entah sejak bila Enrique ambil bahan terlarang tu pun Gibran tak berapa pasti.

"Woi, aku tanya kau ni, Gibs. Riq pergi mana?" terjah Josiah pula.

Gibran angkat bahu. "Aku rasa kali ni Tuan Fatir memang tak kasi muka dah kat anak dia, pagi tadi dia interview orang yang bakal gantikan tempat Riq, aku tak pasti siapa tapi yang pasti Tun Fatir kata dia dah taknak ambil keluarga dia bekerja lagi, dia mahukan seorang yang betul-betul komited."

"Serius lah ni? Dia tak cari langsung anak dia pergi mana?"

"Nope. Pagi tadi aku masuk ofis, dia senyap je tak serang aku macam biasa kalau Riq datang lambat, tiba-tiba aku nampak ada lelaki masuk bilik dia, lepastu aku dengar Tuan Fatir suruh dia mula kerja minggu depan." Terang Gibran lagi.

Josiah terpempan, jika betul apa yang dikata Gibran, kemana pula Enrique menghilang?

***

Stella hanya menatap wajah Enrique yang masih lagi nyenyak tidur di katil hospital, sesekali helaian rambut yang terjatuh di wajah lelaki itu disekanya perlahan, lima jam juga Stella terpaksa bersengkang mata kerana menunggu Enrique di bilik pembedahan untuk mengeluarkan serpihan kaca yang terlekat di kakinya.

Dia mencapai jari jemari Enrique yang hangat, lalu diusapnya ke pipi.

"Tengok masa you susah, siapa yang selamatkan you huh? I juga kan?" soal Stella seolah Enrique terjaga.

Stella dapat tahu perkara ini sewaktu dia terpaksa terkandas di jalan raya selama beberapa jam ekoran kemalangan dua buah kereta yang terlanggar kerana melanggar arus malam tadi, sewaktu dia sibuk memerhatikan kenderaan yang hampir remuk itu, dia tahu bahawa salah satunya adalah Mercedes Benz milik Enrique.

"Kalau you tak happy, I boleh happykan you." Tutur Stella perlahan, dia mencantumkan jari jemari mereka dengan erat. "I sayangkan you sangat sangat."

Satu ketukan di pintu sedikit mengejutkan Stella yang masih tak lepas memandang wajah Enrique, Gibran datang berseorangan tanpa Josiah, deheman Gibran membuatkan Stella menoleh kepalanya sedikit, dia hanya memandang bekas teman lelakinya tanpa minat.

"Dia dah sedar?" soal Gibran seraya mengunci pintu wad.

"Belum. Baru habis operation keluarkan kaca dari kaki dia. Kenapa you datang sini?"

Gibran tersenyum senget. "Kenapa I tak boleh nak datang jenguk kawan I sendiri ke?"

"Boleh, but not at this time. You juga kata untuk rahsiakan hal ni kan?" Stella menjeling ke arah Gibran.

"I just nak tengok samada dia cedera teruk ataupun tak, that's all, kenapa you offensive sangat ni?"

Stella mendengus kecil, makin lama dia tengok muka Gibran ni makin sakit pula rasanya. "Ya, memang I offensive, sebab Enrique tengah cedera teruk and korang langsung tak nak ambik kisah pasal dia,"

"You kata I langsung tak kisah pasal Riq? Stella, I rasa you only see the bad side from me right now. Jadi apa tujuan I datang sini? Jadi anak patung?" Perli Gibran.

"Sudahlah Gibs. I malas nak bertekak dengan you. It's pointless!"

Gibran meraup wajahnya yang mula hangat, "Well, the fact that you in love with him it's also pointless. Riq tak cinta you, Stella."

"What do you know about love, huh Gibs? You jangan nak nasihat I kalau you sendiri tak betul! Pergilah kat perempuan tu! Jangan datang sini kalau you tak ikhlas nak melawat Riq, I cintakan dia, and I akan jaga dia mulai sekarang. Let's pretend we don't know each other."

Terasa tercabar dengan kata-kata Stella, Gibran lantas beredar dari wad. Jika Stella fikirkan yang Enrique akan rasa terhutang budi dengannya, Stella mungkin silap.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now