JOEL menghentak permukaan meja dengan perasan marah, jika lelaki licik itu berada di depannya, dia tak akan teragak-agak untuk belasahnya sampai lunyai.
"Dia nak saman kau atas kesalahan yang kau tak buat? Dia dah gila ke apa?" soal Joel dengan muka yang berbalam balam.
"Saya tak boleh buat apa-apa, Joel. Madam suruh saya minta maaf saja pada dia dan mengaku yang saya mencuri... tapi saya tak buat semua tu."
"Habis tu dia nak buat apa kalau kau tak minta maaf kat dia?"
"Dia-dia nak akademi ditutup. Saya tahu saya pentingkan diri, tapi saya pun ada maruah." terang Melissa. "Kalau saya mengaku kesalahan yang saya sendiri tak buat, itu bermakna saya dah gadaikan maruah saya."
"Atas sebab apa dia buat semua ni kat kau, Mel? Kau tolak cinta dia?" teka Joel secara tiba-tiba.
Melissa segera menidakkan pertanyaan Joel, air mata mula jatuh setitik demi setitik di pipinya.
"Habis tu? Kenapa sampai jadi macam ni?"
"Tak tahu... saya tak tahu, Joel." Melissa menghemburkan tangisan kecil sambil menutup kedua belah matanya dengan tangan. "Saya tersepit sekarang ni," katanya sambil menahan tangis.
"Macam ni lah, Mel. Ada baiknya kalau kau minta maaf saja kat Enrique. Ini untuk kebaikan kau juga, takkan kau sanggup nak biar dia tutup akademi tu? Tu tempat kau mencari rezeki, kan?" pujuk Joel dengan lembut.
"Saya lebih rela hilang pekerjaan saya dari melutut depan dia," Melissa masih bertegas.
"Mel! Dengar sini! Aku akan tolong kau untuk selesaikan masalah ni, okey? Walaupun aku tahu yang kau tak bersalah, tapi kau kena fikir pasal semua orang kat akademi tu! Nasib mereka bergantung kat kau. Faham tak?"
Melissa bergegas ke akademi seperti biasa, walaupun bermacam masalah mula timbul hanya disebab dendam Enrique pada dia. Melissa bukannya bodoh dan dia tahu kenapa lelaki itu berkeputusan untuk bermain taktik kotor sebegini.
Sehelai kertas diletak ke meja, Melissa cepat menangkap hurut berwarna hitam yang terkandung dalam kertas itu.
Notis penutupan Moorland Dance Academy
"Apa semua ni Mel? Apa yang awak dah buat pada Sir Enrique sampai dia berkeras mahu akademi ni ditutup?"Melissa hanya menunduk kepala, "S-saya tak tahu bila masa kotak tu ada dalam beg saya, Madam." tutur Melissa.
"Macam ni lah Mel, sekarang ni awak kena pilih samada minta maaf kat dia ataupun biarkan saja semua ni terjadi, tapi dia akan saman awak kerana melanggar kontrak pekerjaan di akademi ni. Puan Sri Marla memang dah tetapkan Mel, kalau staf di sini ada masalah displin jadi mereka akan saman kita."
"Tapi apa bukti saya mencuri barang kemas tu? Kesalahan apa yang saya buat?"
Madam Joan meraup wajah, pelik pula kenapa Melissa tiba-tiba keras kepala. "Mel, tolonglah. Saya diamanahkan oleh Marla Arison untuk jaga akademi ni, takkan awak nak hilang pekerjaan awak macam tu saja?"
Melissa tak menunjukkan sebarang emosi, dia sejujurnya terlalu penat dengan segala drama yang Enrique cetuskan hanya disebabkan Melissa menolaknya mentah-mentah.
"Jumpa dia dan minta maaf. Itu saja."
"Awak perlukan kerja ni kan? Awak dah bekerja keras untuk anak anak murid awak. Jadi fikirlah masak-masak."
Dan pada saat itu Melissa berfikir yang dia sememangnya sudah hilang kebahagian yang dia ada. Dengan otak yang berserabut, Melissa meragut beg sandang yang berada disebelahnya sebelum masuk ke dalam perut teksi yang membawanya untuk berjumpa lelaki yang bakal mengubah hidupnya seratus peratus.
***
"GIVE up sajahlah Riq, kau pun tahu bukannya senang nak dapatkan perempuan tu, lagipun kau tak rugi apa-apa pun, ada banyak lagi perempuan tengah tunggu kau kat rumah merah tu, kau boleh pilih bila bila kau nak." Kata Gibran pada Enrique.
Enrique hanya mendengus kecil, paling pantang sekali jika ada manusia yang berani menyuruhnya berputus ada, gelas kaca yang dipegang dihentakkan ke meja, perbuatannya itu membuatkan Gibran tersentak, dia tahu yang dia baru saja menaikkan darah Enrique.
"Gibs, kau diamlah, jangan pandai pandai nak cakap macam tu." Celah Josiah yang asyik menikmatinya cahaya matahari yang terbias di cermin pejabat.
Gibran hairan dengan kelakuan kedua orang rakan baiknya ni, masing masing seperti menunggu kehadiran seseorang untuk datang bertandang ke pejabat hari itu, mana mungkin Gibran tertinggal, setahu dia, jarang sekali Enrique dan Josiah menyimpan sesuatu dari dia, melainkan Norman, dia agak konservatif berbanding Enrique dan Josiah.
"Guys, ada sesuatu yang aku tak tahu ke?" tanya Gibran seraya meneguk air liur di kerongkong.
Sekali lagi, Enrique hanya berdiam sambil memerhatikan Josiah yang tak betah memalingkan badannya ke arah dia dan Gibran. Josiah tiba-tiba tergelak besar diikuti oleh Enrique, cukup dari itu saja dapat membuktikan bahawa mereka sedang sembunyikan sesuatu dari Gibran yang kehairanan.
"Korang ni dah gila ke? Tiba-tiba gelak macam orang gila?" decit Gibran sambil mengerut dahinya.
"Sebab tu aku suruh kau diam," tambah Josiah seraya memalingkan tubuhnya untuk memandang Enrique dan Gibran.
Bunyi kuakan pintu pejabat secara tiba-tiba membuatkan tiga lelaki tersebut terdiam, namun tidak bagi Enrique dan Josiah, sebaris senyuman penuh makna terbit dari bibir Enrique, dia tahu masanya sudah tiba, dia tahu bahawa Melissa tidak akan ada pilihan lain selain melutut di depannya, dan kali ini dia berjanji yang dia akan membuatkan Melissa menyesal dengan perbuatannya.
"Sir, I dah halang perempuan ni masuk tapi dia berkeras nak jumpa Sir," terang Janet di hadapan pintu.
Enrique membuat isyarat tangan pada Janet tanpa minat untuk mengarahnya pergi meninggalkan pejabat, Janet sempat menjeling pada Melissa sebelum menutup kembali pintu.
"Look what we have here, Josh." Tutur Enrique dengan nada yang sedikit sarkastik.
Melissa kini faham dengan pandangan nakal yang diberikan oleh Josiah padanya, beberapa episod flashback datang menerjah memori Melissa ketika itu, pada malam dia berada di villa bersama mereka, sewaktu Josiah memberitahu mereka yang dia perlu naik ke atas sebentar, rupa-rupanya Josiah adalah dalang di sebalik perkara ini, Melissa menganggap bahawa Josiah bukanlah selicik Enrique, namun sangkaan ternyata melecet.
"Sir Enrique, saya datang untuk minta maaf atas kes kecurian tu, saya tahu saya salah." Kata Melissa dengan nada yang gugup. "Saya sedia untuk terima apa saja hukuman tapi tolonglah jangan arahkan orang Sir untuk tutup Moorland, s-saya yang salah."
Enrique sengaja mencebik bibir, rasa kasihan pada Melissa yang berfikir Enrique akan termakan dengan kata-kata maafnya. Lalu Enrique bangkit dari duduknya dan berjalan menuju ke arah Melissa yang sedang berdiri kaku di hadapan meja.
"Tapi kemarin kau kata kau tak bersalah? look how the table has turned, kau memang cepat mengalah macam ni ke?" tanya Enrique dengan pandangan jelik.
"Saya tak ada pilihan." jelas Melissa pula. "Saya tahu saya tak ada kuasa untuk semua tu."
Enrique lantas menyandarkan badan ke tebing meja sambil memeluk tubuh, mata helangnya meneliti setiap inci wajah Melissa yang kosong dari sebarang emosi. Ego, wanita ini terlalu ego baginya. Dengan perlahan Enrique mendekatkan mukanya pada Melissa dan berkata. "Kalau aku taknak maafkan kau? Apa yang kau nak buat?" bisiknya tepat pada telinga Melissa.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...