bab 25

2.9K 79 0
                                    

Melissa mengunci diri di dalam bilik bersama Maden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melissa mengunci diri di dalam bilik bersama Maden. Dia terpaksa, tak tahan kerana mama dan ayah tak boleh berhenti bergaduh. Melissa tak faham kenapa mereka harus bertelagah, selama ini mereka sekeluarga hidup bahagia saja.

Jadi, mana silapnya? Apa mama buat sampai ayah sanggup menampar pipi mama? Bukankah mereka cinta akan satu sama lain?

Bunyi lontaran objek dari luar bilik membuatkan Melissa hilang tumpuan untuk menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh, apabila dia mendengar herdikan ayah, Melissa mengigil ketakutan, ayah bukan seorang yang suka meninggi suara, tapi kenapa malam tu ayah panggil mama 'perempuan murah'?

Melissa mengangkat Maden di katil, lalu didakapnya rapat seperti tak mahu lepas, usia Maden baru saja berganjak tujuh bulan dan dia tak seharusnya mendengar semua ini, Maden perlu diberi kasih sayang yang secukupnya dan bukan menjadi saksi pergaduhan mama dan ayah.

Saat dia memeluk Maden dengan erat, tiba tiba pintu bilik dibuka oleh mama, wanita itu berada dalam keadaan tak terurus, kedua matanya bengkak dek tangisan yang tiada berpenghujung.

"'Mel, Mel dan Maden ikut mama sekarang. Kemas baju ya." Mama memegang tombol pintu dengan tangan yang menggeletar, kepala dipaling ke luar bilik sebelum dia mengunci pula pintu itu.

"Kita nak pergi mana, ma? Esok Mel sekolah."

"Tolonglah Mel, kita kena pergi dari sini!" Desak Mama, sekali lagi air matanya mengalir deras namun dalam tangisan itu dia cuba untuk senyum walaupun dia tahu anak perempuannya ketakutan.

"Awak jangan nak libatkan anak anak kita! Ini masalah awak dan saya, keluar sekarang!"

Ketukan bertalu-talu di pintu membuatkan badan mama terhinjut, takut dengan kebarangkalian yang akan terjadi jika pintu dibuka.

"Keluar sekarang! Aku kata keluar!" Ayah menyeringai sekali lagi.

"Mama, kenapa ayah marah sangat dengan mama? Apa mama dah buat?" soal Melissa.

"Mama tak buat salah apa pun sayang... mama terjerat, tolonglah faham mama." Rayu wanita itu, dia mengambil Maden dari dakapan Melissa sebelun berlari ke pintu.

"Mama! Mama nak bawak Maden pergi mana?!"

"Kalau Mel taknak ikut, biar Maden saja yang ikut mama."

Melissa bergegas membuntuti mama, bimbang dengan keputusan melulu mama ketika itu. "Jangan ma, tolonglah, Mel ada Maden seorang saja."

Ayah yang sedang menunggu kedatangan mama bangkit dari duduknya. "Oh jadi kau nak gunakan anak kita untuk tutup kesalahan kau? Bagi Maden pada Melissa sekarang!"

Mama berkeras, "Awak kena percaya cakap saya! Saya tak buat semua tu, percayalah."

Nafas ayah menjadi laju, dengan sekali tarikan, Maden diambil dari dakapan mama dan diserahkan pada Melissa.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now