bab 56

1.7K 44 7
                                    

SETAHUN kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SETAHUN kemudian.

Ballet Forte Academy

MELISSA terpesona melihat persembahan dari Denis Rodkin dan Eleonora Sevenard yang bertajuk Paquita di telefon bimbit sehingga dia tak sedar ada mata yang memerhatikannya dari belakang.

"Ehem, ehem," lelaki itu berdehem kerana sengaja mahu menyedarkan Melissa yang ralit menonton video. "Ehem..."

Apabila dia sedar bahawa Joel sedang memerhatikannya, skrin telefon ditutup segera, kantoi pula rupanya dia dengan Joel, masaklah dia kena bebel lepas ni.

"Hai nampaknya sejak dah jadi cikgu tarian balik, awak jadi kuat berangan ye? Kalau kau teringin nak beraksi semula, ada satu pertandingan seni ballet dekat pekan, aku boleh isikan borang untuk kau." Terang Joel.

Sesekali matanya memandang cincin belah rotan yang tersarung di jari manis Melissa, hatinya tersenyum gembira.

Jari jemari lembut Melissa sesekali menyisip helaian rambut yang jatuh di sisi telinga. "Berangan pun dah cukup buat saya gembira,"

"Aku lagi gembira bila kau akhirnya terima lamaran aku, hehe," Joel berseloroh walaupun dia tahu Melissa masih belum hak milik dia sepenuhnya.

"Saya pakai sebab awak asyik merajuk dengan saya, jad kak K kata pakai ajelah dari awak asyik tarik muka dengan saya kan?" balas Melissa dengan senyuman bermakna.

"Dia masih tak dapat borang tu?"

Melissa menggeleng kepalanya dengan laju, "Kalau dia refuse sekalipun, saya tetap berkeras nak berpisah."

"Kau tak rasa bersalah? Yelah, dia pun dah menyesal dengan perbuatan dia." Joel menyambung. "Aku sebenarnya okey aje kalau kau tolak lamaran aku, itu hak kau, cuma aku nak yang terbaik untuk kau."

"Dan yang terbaik untuk saya ialah bercerai dengan dia dan terima lamaran awak, Joel. Mana boleh saya hidup dengan lelaki yang bunuh ibu bapa saya, orang gila aje yang sanggup." Terang Melissa dengan wajah berbalam. "Saya memang tak ada hati lah, fikiran saya sekarang hanya nak jaga Maden."

"Tapi kau kena ingat, sebab dia Maden berjaya buat operation jantung tu, kau tak keluar satu sen pun tau,"

Kata-kata Joel langsung tak terkesan di hati Melissa, kerana lagipun itu adalah sebahagian dari perjanjian bodoh mereka.

"Kalau dia tak tolong pun saya boleh usaha-"

Tak sempat Joel menyambung ayat, anak-anak murid Melissa mula memenuhi studio tarian yang kini menjadi tempat Melissa mengosongkan fikirannya dari lelaki itu.

Dari pandangan Joel, Enrique seakan sudah terkena bala dari menganiaya Melissa, beberapa bulan lepas Puan Seri Marla dikhabarkan diserang strok secara tiba-tiba, manakala Annalise pula keguguran buat kali ke tiga sehingga kini mengalami depressi dan kini dalam prosess penceraian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now