bab 7

3.3K 106 1
                                    


GELAK tawa Isaac dan Maden memecah suasana hening di apartment milik Kayla, Melissa lega kerana setelah lima hari Maden ditahan wad akhirnya doktor membenarkan dia untuk pulang berikutan tekanan di dadanya mulai reda.

"Mads! Jangan lompat please! kakak taknak Mads masuk hospital lagi tau." Pesan Melissa sambil memegang semangkuk besar kentang lenyek yang akan dihidangkan untuk makan malam nanti.

Maden memonyokkan wajah, dia cemburu melihat Isaac yang seronok melompat di sofa sambil bermain toysnya.

"Mads nak lompat macam Isaac," katanya sedih.

Melissa sengaja menjegilkan anak mata. "Mads boleh lompat lepas kita operate jantung Mads, kay?" Melissa buat muka comel pada adiknya pula.

Wajah cemberut Maden mendapat perhatian Kayla yang sedang memasak di dapur. Wanita itu hanya menggeleng kepala, Melissa sememangnya terlalu sayangkan Maden, kalau boleh kata Melissa, dia tak akan benarkan satu nyamuk pun hinggap di badan adiknya apatah lagi jika badan Maden bercalar atau luka.

"Mel, pukul berapa Joel nak sampai?"

Langkah Melissa terhenti di tengah pintu dapur, barangkali terkejut dengan soalan Kayla yang tersenyum nakal. Memang kakaknya ini sangat berkenan dengan Joel, dia sangat suka jika Melissa bercinta dengan lelaki itu.

"Dia tutup kafe kejap, lagi 15 minit dia sampai." Balas Melissa sambil menghiris sepapan roti baguette di kaunter dapur. "Kenapa Kak K tanya?"

"Yelah, bakal adik ipar tu, siapa je yang tak risau, takutlah kut kut kena culik ke apa ke, Mel juga yang melepas." Kata Kayla sambil menahan tawa.

Melissa buat muka pelik, dalam masa yang sama pipinya mula membahang. Eh aku malu ke? Monolog Melissa dalam hati.

"Eiii pandai pandai je Kak K ni, buat masa sekarang Mel nak fokus kat kerja dan Maden dulu, bercinta ni lain kali saja lah." Melissa memprotes.

"Cakap siang pandang pandang ya? Bukannya akak ni tak nampak yang si Joel tu memang dah lama sukakan Mel. Kamu je yang jual mahal."

Balik balik topik yang sama, Melissa mengeluh namun masih mengekalkan senyuman pada Kayla. "Yelah, yelah. Nanti Mel fikirkan macam mana, akak tak payah risau."

***

ENRIQUE tidak senang duduk, kerja kerja yang terbengkalai meja langsung tidak disentuhnya. Sudah lebih seminggu dia berjumpa Melissa, namun plannya seringkali gagal memandangkan Melissa terpaksa tangguhkan kelas mereka, katanya dia sibuk menguruskan rawatan susulan adik lelakinya di hospital setiap hujung minggu.

"Riq. Ayah kau nak kau ada kat meeting room lagi setengah jam. Jangan lambat." Pesan Gibran yang tiba-tiba menyerbu masuk pejabat rakannya.

Lelaki itu menghenyakkan tubuhnya ke atas sofa dengan selamba, telefon bimbit dicapai dari poket, mujur saja dia rakan baik kepada Enrique, kalau staf lain buat begini, memang sia-sia saja kena sound setepek.

"Kau gantikan tempat aku. Aku sibuk." Gumam Enrique.

Gibran menyimpul satu senyuman mengejek pada Enrique yang bersandar di kerusi sambil mengurut pelipis.

"Sibuk apa doh? Kau tak mendapat ke semalam?" Seloroh Gibran.

Enrique menjeling tajam pada Gibran. "Kau kalau tak ada kerja lebih baik kau masuk meeting tu, jangan asyik nak buang masa layan betina kat Tinder saja. Stella kau nak campak ke mana?" Perli Enrique balik.

"Auch man, you got me really deep just now. Fuck you man." Ucap Gibran dengan tenang.

Jika dibanding antara Norman, Josiah dan Gibran, Gibran adalah rakannya yang paling tidak berguna sekali, Gibran adalah gabungan mereka berempat, atau dalam erti kata lain, dia sebenarnya yang paling syaitan diantara mereka. tapi yang peliknya mampu pula Stella bertahan selama lima tahun, entah ubat guna-guna apa pula yang Gibran gunakan ya?

"How's Stella? Bila kau nak purpose dia?"

Gibran menjuih bibir, bosan dengan soalan sama yang diajukan padanya. "Next year kut. Aku tak puas lagi nak hidup bujang."

"Alasan paling bodoh pernah aku dengar." Enrique membuat muka jijik biarpun matanya terkatup rapat.

"Kau kenapa sejak dua menjak ni rajin sangat ke akademi tu? Kau cari siapa?" Gibran ubah topik. "Aku ada kenal seorang janda kat situ, tapi dia lembab sangat nak faham kemahuan aku, so aku dumped sajalah dia." Gibran buka cerita, dan wanita yang dimaksudkan itu adalah Jules.

Enrique hanya mampu ketawa taktala mendengar pengakuan bodoh Gibran, tapi elok juga dia ketawa, sekurang kurangnya hilang juga rasa baran di hati.

"Cepat bagitahu aku, kenapa kau rajin sangat ke akademi tu?"

"I'm on a mission now. Kalau aku bagitahu kau, bocorlah misi aku. Kau ni bukannya boleh percaya, semua betina kau nak try."

"Sial! Sekurang kurangnya aku gentle dengan dorang. Bukan macam kau! Abusive! Nafsu kuda," Gibran mengekek ketawa.

Dengan itu Enrique bangkit dari duduknya, blazer Armani yang tergantung di kerusi dicapai kasar. "I need Josiah right now. Dia kat mana?"

"Urm, dia kat security department, tengah buat checking. Kenapa? Weh, Tuan Fatir nak kau ada kat meeting doh."

"Aku sibuk ni, kalau kau gantikan aku, party all night long malam jumaat ni kat penthouse aku, how's that?" Umpan Enrique dengan pantas.

Gibran mengeyit sebelah mata. Untuk parti semuanya beres! "Yes! I'm on it! Count on me."

Langkah di atur laju ke Security Department untuk mencari figura Josiah, Enrique tahu walaupun Josiah ini tidak kurang syaitannya seperti Enrique tapi dia sangat serius ketika bekerja. Tugasnya sebagai ketua department dilakukan dengan baik sekali selama lima tahun dia bekerja di Arison's Global Company itu.

Enrique bersiul memanggil Josiah yang sedang menaip sesuatu di papan kekunci, dia lantas masuk ke dalam pejabat tanpa sebarang amaran.

"Josh, kau kena tolong aku."

Josiah palingkan kepalanya menghadap wajah Enrique yang tidak beremosi, lelaki itu berdiri megah sambil mencekak pinggang di hadapan meja.

"Tolong apa bro? Kau tak pergi meeting kejap lagi ke?"

Enrique geleng kepala. "Gibs ganti aku, tapi tu bukan masalah aku sekarang, I need your brain."

Josiah mendepa kedua tangannya di sisi sambil menggelengkan kepala. "My brain? What the fuck are you talking about?"

"I need this woman, or else I'm going to lose her to someone else." Akui Enrique bersahaja.

Josiah lantas bangkit dari posisi duduk, mindanya sedang cuba memproses kata-kata Enrique. "Wait wait! Jangan kata yang kau dah mula nak bercinta! Dengan siapa? Anak Datuk mana?"

"Hahaha, bercinta? Jangan harap! aku masih lagi kekal dengan aktiviti kita setiap malam."

Kenyataan Enrique membuatkan Josiah kehairanan. "Habis tu kau nak buat apa dengan perempuan ni?"

"Aku nak goda dia secara perlahan, aku sukakan tindak balas dia bila dia berinteraksi dengan aku, it makes me hard everytime when I look at her."

"God! Riq! You're fucking digusting!" Bidas Josiah.

"Well, you too." Balas Enrique pula.

"Baiklah. So tell me dari mana kau kenal dia dan apa plan kau untuk perangkap dia? From A to Z."

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now