"AKAK dah agak perkara ni mesti akan terjadi! Apa yang dia dah buat kat Mel sampai Mel tak sanggup nak menolak lamaran dia?" kaget Kayla dibuatnya selepas saja Melissa datang ke apartmentnya."D-dia cintakan Mel." Tipu Melissa.
Kayla pantas menepuk dahi, entah apalah yang merasuk adiknya sampai sanggup memilih waris Arison yang kaki perempuan itu berbanding Joel.
"Mel, tak payah tipu akak, akak kenal Mel bukannya sebulan dua. Sedangkan Joel yang ikhlas sukakan Mel pun Mel sanggup tolak, ini kan pula Mel nak yakinkan akak yang lelaki licik macam Enrique tu cintakan Mel? Ikhlas ke dia? Sejauh mana hati Mel terima dia?"
Melissa bungkam, sejujurnya dia memang tak mahir menipu, tapi perjanjian tetap perjanjian. Salah satu darinya ialah Enrique bersetuju untuk menampung perbelanjaan kos rawatan jantung Maden dan menarik balik notis penutupan akademi sebagai penukaran buat perkahwinan yang bakal berlangsung.
Kayla mengalah, dia tahu Melissa sudah mengunci jawapannya untuk berkahwin dengan waris Arison itu, cuma dia pelik kenapa perkahwinan mereka bakal diadakan secara tertutup dan akan dihadiri oleh orang tertentu saja, hina sangat ke jika berkahwin dengan golongan biasa sekalipun?
"Mel, akak nak tanya sesuatu ni kat Mel," Kayla melabuhkan punggungnya ke sofa bersama Melissa, masing-masing mempunyai riak wajah kurang pasti dengan apa yang berlaku.
"Apa dia, kak?" lambat lambat Melissa menjawab.
Kayla menyentuh tangan adiknya sebelum berkata. "Enrique ada buat benda tak elok ke kat Mel? Dia dah sentuh Mel, ya?"
Melissa laju menepis persoalan Kayla. "Eh, tak, dia tak pernah buat macam tu kat Mel."
Tipu, kau bakal menghancurkan kepercayaan orang yang sangat percaya pada kau, Melissa
"Habis tu takkan belum sebulan kenal dia dah bercadang nak kahwin dengan Mel?"
"Apa salahnya? Akak tak percaya kat Mel ke?"
Kayla memegang ketat pergelangan tangan Melissa. "Mestilah akak percaya Mel, yang akak tak percaya sekarang n ialah si Enrique tu!" Terang Kayla sehinggakan terjegil besar kedua biji matanya.
"Akak, tolonglah jangan bersangka buruk kat dia, Mel tahu apa yang Mel buat ni kak."
"Hmm... jomlah Mel, kita cari dress pengantin yang paling cantik untuk hari bahagia Mel," pelawa Kayla tanpa rela, sengaja menukar topik kerana dia malas mahu berbalah dengan kepala batu Melissa.
Tipu kalau Kayla tak merasa ragu- ragu dengan perkahwinan mengejut ini, tapi siapalah dia untuk menghalang, Kayla berharap supaya lambat laun Melissa akan sedar dengan keputusannya untuk bersama Enrique.
***
HATI Joel remuk taktala mendengar Enrique melafazkan akad nikah di hadapan jurunikah, walaupun dia tahu kisah sebenar disebalik pernikahan ni. Joel tahu hati Melissa tak rela dengan apa yang terjadi, oleh itu Joel mula menyimpan harapan, bahawa dia yakin mereka pasti akan berpisah juga satu hari nanti.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...