MELISSA membuka kelopak mata yang berat saat dia mendengar tarikan gear tangan di sebelah tempat duduknya.
"Ni rumah Sir? Bukan Sir menetap kat bandar Guilzano ke?"
"Ni rumah peninggalan famili saya dari generasi ke generasi. Kenapa, tak suka?" tanya Enrique seraya menyisip Americano yang terletak di cup holder kereta.
Suka! Rumah seperti inilah yang Melissa impikan sejak dari dulu, rumah yang jauh dari bandar dan terletak di kawasan berbukit, sebab itulah dia bertanya kerana saat anak matanya memandang hadapan banglo itu, dia sudah pun jatuh cinta pada reka bentuknya yang moden tapi masih mengekalkan ciri-ciri klasik.
"Bukan, s-saya suka rumah Sir, cantik sangat." Senyuman ikhlas terbit dari wajah Melissa.
"Okey, jom masuk dalam and make yourself ready."
Dengan perlahan dia membuntuti Enrique sebelum mereka jejak masuk ke dalam, matanya liar memandang setiap sudut di banglo tersebut, ruang tamunya saja agaknya boleh memuatkan ratusan orang.
"You can put your stuffs upstairs, in my sister's bedroom. Jangan risau dia tak menetap di sini." Usik Enrique.
Melissa patuh pada arahan lelaki itu dan mula menaiki tangga ke tingkat atas. Beberapa minit kemudian dia kembali turun ke ruang tamu.
"Shall we start? How about kita sambung practice yang lepas?" Enrique mula bicara, tangan kekarnya mula melingkar ke sekitar pinggang Melissa.
"I'm ready when you ready."
"Baiklah, harini kita practice tarian lain pula, yang lagi susah sikit." Kata Melissa.
Enrique mengetatkan pelukannya pada pinggang Melissa, netra mata milik wanita itu dipandangnya dalam, Enrique merapatkan wajah mereka, tanpa sedar hujung hidung mereka bertemu.
"Erm... kita warm up dulu?"
Lamunan Enrique terhenti seketika, "Sure."
Dua jam berlalu dengan pantas. Melissa melihat waktu di jam dinding yang kini menunjukkan 7.30 petang. Latihan kali ini benar-benar mencabar buat dia kerana dia sedar yang Enrique telah menyentuhnya dengan kadar yang lama, bukan seperti kali pertama mereka berlatih beberapa minggu lepas.
Tapi Melissa tahu semua ini hanya tugasan buatnya, Enrique tak akan mungkin memandangnya lebih daripada itu.
Enrique kini membelakangi Melissa untuk berjalan ke ruangan dapur, dia mengambil dua gelas cawan kosong lalu diletakkan di atas kaunter.
"Have a drink, penat kita berlatih tadi." Ajak Enrique seraya meneguk air di gelas tanpa menunggu Melissa terlebih dahulu.
Tanpa berkata apa Melissa tidak menolak pelawaan lelaki itu, tekaknya juga haus jadi apa salahnya kalau dia basahkan dulu sebelum pulang.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomansaAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...