bab 47

2.2K 61 2
                                    

JOSIAH keluar dari perut kereta dengan penuh bergaya, tapi hatinya panas juga kerana Enrique tiba-tiba saja mahu dia berjumpa di club malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JOSIAH keluar dari perut kereta dengan penuh bergaya, tapi hatinya panas juga kerana Enrique tiba-tiba saja mahu dia berjumpa di club malam itu.

Melepas nak dating dengan Stella. Tapi sebenarnya dia tahu yang Gibran masih ada hati lagi pada Stella cuma kehadiran Mimi saja jadi penghalang. Sengaja Josiah mahu buat Gibran tercabar, almaklumlah menang tu gaya Josiah, dia sebenarnya lagi layak dipanggil syaitan berbanding Gibran.

Nak tahu kenapa dia menggelarkan diri dia syaitan?

Dah menjadi kepuasan bila dia lihat orang disekelilingnya menderita. Tak kisahlah rapat atau tak, bunyinya seperti dia ini adalah seorang sociopath. Tapi peduli apa dia?

Asalkan mereka menderita dan dia boleh ketawa puas-puas dibelakang mereka.

Dari Enrique, Gibran dan Norman. Lepas ni siapa pula?

Hah? Melissa kut? Best juga dapat rosakkan rumahtangga yang kononnya baru nak bahagia tu kan?

Josiah beriak ceria ketika dia tiba di perkarangan club, fuh, dah lama juga dia tak jejakkan kaki ke tempat yang exclusive ni sejak Enrique dah bertaubat.

"Yo man! What's up? Lama tak dengar cerita?" sapa Josiah dengan ramah, kerusi panjang ditarik untuk dia duduk disebelah Enrique.

"Rum and coke as usual?" Josiah mengangkat tangan untuk memesan minuman keras seperti biasa.

"Aku nak stop minum dah," Balas Enrique. "Kau order je. Aku tak ada mood."

"Memanglah kau tak ada mood sejak dah jadi suami mithali ni kan? Hahaha geli pulak aku sial!" Seloroh Josiah dengan ketawa yang menjengkelkan.

Enrique juga ketawa, tapi ketawanya tak seperti dulu. Mungkin Enrique dalam masalah atau sedang dalam proses untuk berubah? Josiah mula tak sedap hati.

"Josh, kau ingatkan malam kejadian tu?" Enrique terus menyoal tanpa sebarang mukhadimah. Tu saja tujuan dia malam itu, dia mahukan penjelasan sebenar tentang malam dia terlanjur bersama Helena.

Ya memang dia cintakan Helena, tapi kalau betul dia sayang, apa yang membuatkan dia sanggup bertindak gila sebegitu? Ada orang mendorong dia ataupun dia sememangnya jahat dan terdesak?

"Malam yang mana? Masa yang perangkap Helena untuk datang ke penthouse atau malam kau bersama dengan dia dalam pejabat dia?"

Enrique terpempan, tiba-tiba hujung kepala rasa seperti dicarik-carik. Ini sebab kenapa dia malas mahu overthinking, silap-silap penyakitnya yang tak terubat ni boleh meledak begitu saja dalam club.

"Malam sebelum dia hilang?" tanya Enrique walaupun memorinya agak samar.

"Riq, how should I say this... tapi dia mati sebab dia terlibat dalam accident, kau marah sebab dia pilih suami dia berbanding kau, aku dan Gibs cuba halang kau tapi kau berkeras nak kejar kereta suami dia." Josiah berkata selamba.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now