bab 4

3.6K 115 5
                                    

SELESAI membuat lawatan, Enrique dijemput untuk ke ruangan lobi pula, dimana majlis tea time berlangsung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SELESAI membuat lawatan, Enrique dijemput untuk ke ruangan lobi pula, dimana majlis tea time berlangsung.

"Sir Enrique, jemputlah minum camomile tea yang Melissa buat dulu, ya? Kemudian kita boleh sambung lawatan." Pelawa Dahlia dengan ramah, dia hanya membuntuti jejaka tinggi lampai itu dari belakang.

Enrique hanya menayangkan senyuman malas, rambut yang tersentuhan di dahi diseka sekali lagi. Saat dia melabuhkan punggung di kerusi, matanya tertancap ke arah figura yang membelakanginya, tubuh kecil lagi mengiurkan milik Melissa Madari menghiasi pandangannya ketika itu.

Iris mata hazel Enrique betul-betul mengamati tubuh wanita itu biarpun dia lengkap berpakaian, malahan sopan dan tidak terdedah seperti pelacur yang bersamanya malam tadi. Tubuh yang tertutup seperti ini sebenarnya jauh lebih mahal dari segalanya.

Adakah Enrique mula mengubah citarasanya? Mungkin ya, tapi bukan untuk semua wanita yang berdamping dengannya. Melissa adalah enigma di mata Enrique. Ini kerana dia yakin, wanita itu mempunyai potensi untuk dijinakkan. Siapa saja yang berani menolak Enrique yang mempunyai segala-galanya di Guilzano. Wanita yang menolak Enrique adalah wanita bodoh.

Dengan dulang yang berada di tangan, Melissa mengorak langkah ke jejaka yang tidak lepas memandangnya. Mahu tak mahu, Melissa menayangkan senyuman mesra. Set cawan antik diletakkan di meja berhadapan Enrique, aroma teh camila memenuhi ruang udara.

"Jemput minum, sir." Pelawa Melissa.

"So, Miss Madari. Saya dengar awak adalah guru tarian paling muda di akademi ni?" Enrique memulakan bicara.

Melissa masih berdiri kaku di sisi lelaki itu, dulang yang kosong dihadapkan ke dada.

"It's okay. I just wanna talk with you. So make yourself comfortable, Miss Madari." Lembut saja tutur kata Enrique ketika itu.

Kerusi rotan yang kosong ditolakkan keluar supaya wanita itu duduk di sisinya. Don't fucking reject me.

"Terima kasih." Ucap Melissa seraya melabuhkan punggungnya ke kerusi, dia hanya menunduk, malu benar mahu bertentang mata dengan jejaka kaya ini.

"Heads up, miss."

"Urm, okey. Maaf." Pinta Melissa, anak rambut yang jatuh di bahu ditolak ke belakang dengan lembut.

Tanpa sedar Enrique mengigit bibir bawahnya sambil bebola matanya memerhatikan gelagat Melissa yang masih lagi malu dengannya.

Enrique suka, dia sukakan wanita submissive seperti ini. Bayangkan saja jika Enrique meratah tubuh badan wanita ini pula?

"Jadi, dah berapa lama awak menjadi ballerina?"

Melissa sempat menelan saliva yang tersekat di kerongkong. "Sejak saja kecil lagi, Sir. Saya bukan saja mahir dalam tarian ballet, malahan tarian lain seperti classical dance dan waltz juga."

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now