MELISSA sibuk menggosok uniform graduasi Maden pagi itu, akhirnya masa yang dinanti-nantikan telah tiba, Maden akan berganjak usia dan pergi ke sekolah rendah pula. Cepat betul masa berlalu."Kakak, mana bedak Carrie Junior bau ceri tu? Mads nak sapu kat badan Mads lah." Terjah Maden tiba-tiba.
Melissa kehairanan, jarang sekali Maden suka bedak yang baginya terlalu girly itu. "Aik? Kenapa nak pakai bedak tu? Bukan ke bedak tu buat badan Mads bau macam girl?"
Maden cebik bibir sambil mencekak pinggang. "Mads dah ubah fikiran, Mads sebenarnya suka bedak tu, bedak tu kakak yang belikan untuk Mads, jadi Mads suka, okey?"
"Yes! So kakak punya pilihan memang bagus kan?"
Maden mengangguk. "Okey kakak, lepas habis gosok baju Mads terus mandi tau, Mads nak jumpa kawan kawan for the last time,"
Amboi bukan main fasih adiknya sorang ni. "Baiklah encik Maden, saya menurut perintah."
"Urm... kakak?"
Kerja menggosok Melissa terhenti seketika, anak matanya terarah pada Maden yang masih belum berbaju dan hanya berseluar slack saja, tapi rambutnya dah pun disisir rapi ke tepi dengan gel rambut.
"Ya? Kejap eh, lagi sikit je nak siap gosok dah lepas tu kakak terus mandi. Okey?" Melissa terus menjawab tanpa menunggu soalan adik kecilnya.
"Aish, kakak ni, Mads bukan nak tanya pasal tu, Mads nak tanya benda lain." Suara kecil Maden mencuit hati Melissa.
"Hahaha okey, nak tanya apa adikku yang comel?"
"Urm... suami... suami kakak datang tak harini?" soal Maden takut takut berani, memang dia masih ada rasa takut bila dia kali pertama berhadapan dengan lelaki itu semalam sejurus dia tiba di apartment.
Seram tak seram, tapi tu suami kakak. Hati kecil Maden berkata.
Melissa mati kata, tak terfikir pula mahu mengajak Enrique ke majlis graduasi Maden, lagipun mana boleh Enrique ikut serta, mahunya rahsia terbongkar, Melissa juga terkena tempiasnya nanti.
"Mads nak suami kakak datang sini ke? Semalam masa makan malam orang tu macam takut takut je kakak tengok." Seloroh Melissa yang kini menggantung uniform Maden di tepi tingkap.
"Mads nak berkenalan je, lagipun dia nak tolong kita betulkan jantung Mads kan? Jadi Mads nak berbaik-baik lah dengan orang yang tolong kita."
"Haih, kakak rasa adik kakak ni macam budak umur belasan tahun yang terperangkap dalam badan budak kecik lah, banyak betul membebel pagi pagi ni. Dahlah kakak nak mandi, pakai uniform tu, jangan lupa." Melissa menukar topik, malas mahu panjangkan cerita.
***
Majlis graduasi Maden berlangsung dengan meriah sekali petang itu, ibu bapa pelajar tak melepaskan peluang bergambar bersama anak-anak mereka. Melissa dan Kayla pula masih lagi berada di tempat duduk mereka, hanya memerhatikan saja Maden yang sibuk bergambar bersama guru kelasnya.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...