MERASAKAN dirinya didesak, Melissa cuba untuk melawan rasa takutnya pada Haila. Walaupun mindanya mula teringatkan perkara jahat dan kejam Haila sewaktu dia baru saja kehilangan ibu dan ayah, sewaktu Maden kerap jatuh sakit kerana tak mendapat susu ibu, sewaktu Melissa disahkan menghidapi trauma yang teruk selepas kemalangan.
Semuanya menyerang otaknya terlalu cepat, dan ketika itu dia hanya mengharapkan kakaknya untuk datang menyelamat.
"Makcik, saya mintak sangat makcik tak ganggu hidup saya lagi, cukuplah apa yang makcik dah buat pada saya dan Maden. Tolonglah pergi dari hidup saya." Rayu Melissa.
Haila tersenyum sinis. "Aku ni bukan apalah. Hurm. Sebenarnya tujuan aku kerja kat sini pun bersebab, tapi alang-alang anak buah kesayangan aku ni dah ada, lagi senanglah kerja aku untuk hancurkan keluarga ni."
Melissa kurang jelas dengan ayat Haila, walaupun otaknya kaku ketika itu, mulutnya lantas saja berbicara, umpama mahu melawan trauma yang dulu. "Apa yang makcik cuba cakapkan ni? Apa kena mengena dengan keluarga ni?"
Haila tersenyum sinis seraya mengangkat pinggan putih yang berisi puding. "Hai benda kalau dia manis, berlambaklah semut datang, kan? Macam kau. Entah apa si Enrique tu dah umpan kau, tup tup dah jadi isteri dia, lambat laun kau akan menyesal jugak, tu je aku nak pesan."
"Cukup tu, saya taknak dengar lagi makcik mengata pasal majikan makcik lagi, bersyukurlah sikit saya dan Maden dah pergi dari hidup makcik, kenapa nak hancurkan hidup orang lain juga?"
Bengang dengan persoalan Melissa, Haila mendengus marah. "Heish! Kau ni sama macam mak kau yang sundal tu, dari hidup sampai mati menyusahkan aku, menyusahkan adik yang paling aku sayang, kau tahu tak pasal mak kau adik aku nekad nak bunuh diri, huh?"
Melissa terpempan, semestinya dia tak percaya akan kata-kata Haila. "Makcik jangan mengarut, ayah percayakan mama, kata polis kereta ayah hanya hilang kawalan sebab-"
Belum sempat Melissa menghabiskan ayat, Haila terlebih dulu membidaskan kata-kata Melissa. "Mak kau dah terlanjur dengan jantan lain belakang adik aku! Kau kata ayah kau percayakan mak kau yang tak berguna tu lagi?! Aku hilang Madari yang aku jaga dari kecil tanpa mak ayah aku! Dan mak kau pulak sesuka hati saja hancurkan hati dia,"
"Ya saya tahu, tolong maafkan mama, dia hanya cintakan ayah seorang saja, percayalah!"
"Mak kau tergamak bercinta dengan pelajar sendiri pun kau kata dia ada ayah kau seorang saja? Kau yakin ke?" soal Haila lagi. "Fikir Melissa, fikir bila aku cakap semua ni kat kau, aku benci kau sebab muka kau tak ubah macam muka Helena dan kau juga berkahwin dengan-"
Tak sempat Haila menghabiskan ayat, derupan selipar rumah Annalise kedengaran menuju ke ruangan dapur.
"Amboi, lamanya kak Ila berborak dengan Melissa, kopi ayah bila nak siap?" sapa Annalise ramah.
Melissa menelan air liur yang tersekat di kerongkong, "eh, kejap. Kejap eh, Melissa lupa nak jerang air,"
"Eh, cik puan, rumah ni semuanya pakai penapis air je, kita bukan hidup kat zaman dulu nak jerang air bagai," sindir Haila tapi nadanya tak sama seperti diperbuatan mereka tadi, Haila sebagai bibik sangat ramah di hadapan anak majikannya.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
Roman d'amourAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...