bab 19

3.2K 87 0
                                    

***this chapter is considered M rated (you have been warned)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***this chapter is considered M rated (you have been warned)

KINI Melissa duduk termenung di hujung katil milik Enrique, otaknya ligat memikirkan bait-bait kata Joel yang melamarnya petang tadi, kalaulah dia tahu yang Joel berusaha begitu kuat untuk melamarnya, dia tidak akan bersetuju untuk perjanjian bodoh ini. Kotak baldu yang masih berada di telapak tangan disimpannya ke dalam tas tangan taktala dia terdengar bunyi ketukan bertalu-talu dari luar pintu, lamunannya mati serta merta apabila pintu bilik dibuka oleh wanita separa abad yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Yan, dia hanya akan datang pada setiap hujung minggu untuk membersihkan penthouse Enrique yang berselerak umpama kapal karam selepas parti liar diadakan pada malam jumaat, kadang-kala dia juga menjadi tukang masak jika majikannya malas makan di rumah keluarga Arison.

Melissa tersenyum kelat, veil yang terjatuh di muka ditolaknya ke belakang sehingga mukanya kelihatan, mereka berbalas senyuman, namun mulut Melissa masih terkunci rapat, mungkin berasa malu apabila wanita itu asyik memandang wajahnya hingga tak berkelip mata.

"Madam dah makan?" Kak Yan memulakan bicara sambil berdiri dihadapan pintu bilik.

"Dah, masa kat hotel tadi saya dah makan." Balas Melissa sopan.

"Madam. Saya rasa kita pernah berjumpa di balai polis beberapa minggu lepas kan?" sempat wanita bertanya sebelum dia beredar.

Melissa angguk kepala, ya. Ini adalah wanita yang meminjamkan dia pen waktu itu. Kecil betul dunia ni. Getus hati Melissa.

"Kalau macam tu Kak Yan minta diri dulu ya? hujung minggu depan Kak Yan datang lagi."

Dengan kekok Melissa menunduk hormat, pergerakannya sedikit terganggu kerana dress yang dipakainya agak sendat dibahagian pinggang dan punggung, usai saja wanita itu beredar Melissa mengunci semula pintu bilik, patuh pada arahan Enrique yang melarangnya ke mana mana sehingga dia muncul semula di penthouse.

Akhirnya dia menanggalkan veil lalu diletakkan di hujung katil, badan Melissa semakin melesu, mana taknya, sejak pagi terseksa memakai dress ketat sebegini, dia melabukan badan ke katil empuk, alangkah bagus jika dia dapat bermain bersama Maden sekarang di apartment, penat menunggu ketibaan Enrique, dia bercadang untuk melelapkan matanya seketika.

Dengan sekali tutupan mata Melissa terlena, sehinggalah sejam kemudian telinganya menangkap bunyi kuakan pintu. Enrique yang mabuk teruk tersengih nakal melihat isterinya yang masih lagi memakai dress perkahwinan mereka, dress itu jugalah yang membuatkan Enrique tak senang duduk semasa di majlis pagi tadi.

"Awak dah balik?" tanya Melissa yang sudah terjaga dari lena, kedua matanya dipisat-pisat supaya dia tersedar sepenuhnya.

Enrique menghempas daun pintu dengan kuat tanpa membalas pertanyaan Melissa, suhu penghawa dingin dalam bilik ini belum dapat menyejukkan badannya yang masih lagi kepanasan akibat dari kesan campuran pelbagai jenis arak yang diteguknya di kelab tadi.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now