MELISSA dan anak-anak muridnya kusyuk menonton adegan romantis di antara Belle and the Beast dalam cerita Beauty and The Beast, padahal tujuan utama Melissa adalah untuk mengajar mereka tarian baru, kali ini dia bercadang mahu menggabungkan tarian ballet dan classical dance pula."Mel, meeting room now!" Jeritan Dahlia, iaitu pembantu Madam Joan yang tergema di setiap sudut bilik tarian itu serta merta mengejutkan Melissa dan anak anak murid yang lain.
"Okey, teacher nak korang hayati tarian tu. Kalau dalam masa setengah sejam teacher tak masuk kelas, korang boleh bersurai ya?" Pesan Melissa seraya mengikat rambutnya yang mengurai. Macam biasa kalau ada meeting, pasti akan ada yang memerhatikan Melissa dari hujung kepala sampai ke hujung kaki, mungkin cemburu dengan raut wajah jelitanya yang semulajadi itu.
Melissa mengetuk pintu bilik mesyuarat sebelum kaki kirinya melangkah ke dalam, mata-mata mula memerhatikan tingkah laku Melissa yang kelihatan seperti lipas kudung.
"Kau ingat kau tu tuan puteri ke kami kena tunggu kau pula?" Decit Jules, salah seorang guru tarian di situ sambil memeluk tubuh.
Madam Joan terdengar kata-kata Jules. "Jules, what is your problem with Mel? Dari dulu awak asyik nak kecam dia saja."
"Sebab lagak dia ni macam tuan puteri, Madam. Saya cukup pantang menunggu." Ujar Jules seraya menghadiahkan jelingan maut pada Melissa yang duduk berhadapan dengannya.
"Maaf kak Jules. Saya lambat." Rayu Melissa dengan menyusun sepuluh jari.
"That's enough, Mel. Buat apa nak minta maaf kalau awak tak salah? Now, everybody take a seat dan dengar apa yang saya nak katakan harini."
Melissa berdehem, sambil membetulan helaian rambut yang sedikit berserabut di sisi muka.
"We have a special visit from Sir Enrique today."
Hampir kesemua guru termasuklah Melissa sendiri seakan tidak percaya dengan kata-kata ketua mereka. Sir Enrique mahu melawat Moorland secara mengejut? Buat pertama kali pula tu.
Pelik. Kenapa tiba-tiba mahu melawat?
"Oh my god. That fine looking son from Arison family? Akhirnya dia sudi datang ke sini, ya? Mati-mati aku ingat dia tak suka dengan akademi ni." Kata Jules dengan perasaan yang teruja.
Melissa hanya pasang telinga mendengar kata-kata guru guru di situ, terutama sekali dikalangan guru wanita, semuanya seperti cacing kepanasan saja.
"Inilah masanya kau beraksi, Jules. Memang impian kau nak kahwin dengan keturunan Arison kan?" tanya Dahlia pada rakannya yang sudah tidak senang duduk mendengar khabar bahawa jejaka terhangat di Guilzano akan membuat lawatan di Moorland.
"Okay. Silence!" Madam Joan bersuara. "Melissa, awak kena ikut saya berjumpa Sir Enrique sebentar lagi, make yourself presentable, ya?"
Melissa mati kutu, dia menayangkan jari telunjuk ke dada. "Saya ke Madam? Betul ni saya?" Sekali lagi dengan wajah yang kecuakan dia bertanya.
"Alah, yelah kau, pura pura terkejut pula," decit Jules sambil memeluk tubuh, terasa kalah dengan Melissa buat kesekian kali.
"Okey, meeting dismiss."
Usai meeting berakhir, Melissa menuju ke ruangan locker room untuk mencari baju spare yang memang dia sediakan jikalau ada hal emergency seperti ini, sundress bercorak bunga matahari itu ditarik keluar, dan dengan segera dia menukar pakaian.
Selesai mengenakan sundress itu, rambut ikal Melissa diikat longgar ke bawah, bibir pucatnya dioles sedikit dengan lipsticks berona soft pink, dress dan solekan tipis Melissa sudah cukup untuk membuat sesiapa saja yang terpesona dengan wajahnya.
Dia melihat wajah buat kali terakhir di cermin yang tergantung di pintu locker. Madam Joan tentu berpuas hati melihat perubahan Melissa ketika ini. dengan hati yang gemuruh dia turut serta bersama guru guru lain yang sedang beratur di pintu masuk akademi untuk menyambut kedatangan tetamu terhormat mereka. Sempat pula Jules mencuri pandang Melissa yang berdiri disebelah Madam Joan, benci sungguh dia melihat wajah acah suci wanita itu.
Jules menyiku lengan Dahlia. "Weh, kau tengok budak tu tiba-tiba bersolek bagai, dia nak goda prince charming aku ke?"
Dahlia mengekek perlahan. "Jules, kau tu janda anak satu, umur pun dah lanjut, biarlah budak Melissa tu nak impress Sir Enrique sikit eh? macam menyesal pulak aku bangkitkan semula impian kau tadi."
Jules mendengus, dan seraya itu sebuah kereta berjenama mewah tiba dihadapan mereka. Pintu kereta dibuka oleh chauffeur, maka muncullah Sir Enrique yang hanya berpakaian kasual keluar dari perut kereta, walaupun kasual, pakaian yang tersarung dari badan hingga ke kakinya mencecah hampir puluhan ribu. Lelaki itu tetap tampak mewah biarpun mengenakan flannel shirt dan ripped jeans saja. Maklumlah usianya pun baru berganjak 29 tahun, jadi tidak perlulah asyik mahu berpakaian formal saja setiap masa. Lemas rasanya.
Rambut yang beralun sengaja dibiar tanpa dicalit gel, wajah Eurasian milik lelaki ini sememangnya membuat guru guru wanita di Moorland berbisik antara satu sama lain.
"Sir Enrique, it's pleasure to have you here." Pelawa Madam Joan sambil menunduk hormat, dan secara automatiknya Melissa mengikuti langkah wanita tersebut.
Melissa cuba menayangkan senyuman pada tetamu ini, walaupun agak kekok, dia akan cuba. Madam Joan berjabat salam dengan Enrique yang sesekali melirik matanya ke arah Melissa yang tertunduk malu.
"This is Miss Madari, the one who you think is a best ballet dancer at that ceremony. This is the girl." Rancak Madam Joan bertutur.
"Hi Miss Madari. Pleasure to meet you."
Enrique tanpa ragu ragu menaikkan tangannya untuk berjabat salam. Don't reject my touch, I fucking hate it. Decit Enrique dalam hati.
Tubuh Melissa terhinjut saat Madam Joan tiba-tiba memegang lengannya, kemudian tapak tangan mereka bertemu. Sentuhan itu cukup membuatkan Melissa sendiri yang mengundurkan tangan dari pegangan Enrique. Entah kenapa dia berasa kurang selesa dengan renungan kosong lelaki ini. Seakan ada aura kurang baik.
"Maaf Sir, Miss Madari ni tak biasa bersentuhan dengan lelaki." celah Madam Joan.
Entah kenapa Enrique ketawa tanpa sengaja, berpura pura bahawa kenyataan Joan ini lucu. Padahal dia mula merasakan bahawa misinya ini menjadi semakin mudah tanpa sebarang kompleks.
"You're so naive, Miss Madari." Tuturnya seraya memulakan perjalanan ke dalam akademi.
Game on.
***
"Mama! Maden pengsan tiba-tiba kat taman!"
Kerja memotong bawang Kayla di dapur terhenti seketika taktala Isaac muncul di hadapan pintu rumah.
"Isaac tunggu kat bawah, biar mama telefon ambulance." Arah Kayla yang seakan sudah terbiasa dengan situasi seperti ini.
Maden memang sangat lemah dan mudah pengsan jika dia terlalu aktif di luar. Sudah banyak kali juga Kayla memesan untuk kurangkan berlari semasa bermain, namun kanak kanak lapan tahun seperti Maden mustahil mahu termakan dengan nasihatnya.
Kesian pula bila dia teringatkan Melissa yang tungkus lumus mengumpul wang demi Maden, pembedahan untuk merawat jantung Maden yang berlubang bukanlah sesuatu yang murah namun ianya menelan belanja hampir 30 ribu untuk sekali pembedahan saja. Selesai membuat panggilan, Kayla menanggalkan apron di badan lantas berlari meninggalkan rumah usai dia membuat panggilan kecemasan, dia tidak mahu terus menghubungi Melissa, tunggu saja sehingga Maden dibawa ke hospital.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...