bab 15

3.2K 80 1
                                    

MADAM Joan bergegas ke akademi pagi itu setelah Dahlia memberitahu bahawa Enrique Arison datang bersama seorang peguam ke pejabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MADAM Joan bergegas ke akademi pagi itu setelah Dahlia memberitahu bahawa Enrique Arison datang bersama seorang peguam ke pejabatnya.

Madam Joan cuak, hairan kenapa lelaki berstatus tinggi itu sendiri datang ke akademi, macam ada sesuatu yang kurang baik terjadi. Setiba dia di akademi, Dahlia sudah terpacak menunggunya di hadapan pintu pejabat.

"Madam, saya suruh mereka tunggu kat luar tapi Sir Enrique berkeras nak masuk ke dalam." Terang Dahlia.

Tanpa membalas penerangan Dahlia, wanita ini lantas memusing tombol pintu, Dahlia mengekori langkahnya dari belakang.

Taktala mendengar bunyi pintu dikuak Enrique menolehkan kepalanya, Madam Joan menyambut kehadiran dia dengan pandangan satu senyuman yang berbasi namun wajahnya serius tanpa membalas senyuman wanita itu kembali.

"Good morning Sir Enrique. Maaf buat Sir menunggu." ucap Madam Joan seraya dia melabuhkan punggungnya ke kerusi.

Enrique hanya membisu, sebaliknya peguam yang duduk bersebelahan dengannya pula bersuara.

"It's okay Madam, ada perkara yang kami perlu bincangkan dengan Madam." Ucap peguam itu.

Madam Joan mengerut dahinya. "Berkaitan apa?"

Buat seketika Enrique dan peguamnya bertentang mata, lelaki itu hanya kembali bersuara setelah Enrique memberikan isyarat padanya.

"Berkenaan Cik Melissa Madari, salah seorang guru di sini."

"Melissa? Kenapa?" soal Madam Joan yang mula berasa kurang senang. "Kenapa dengan staf saya?"

"Beginilah, sebagaimana Madam tahu, staf Madam sendiri yang telah bersetuju untuk berkerja dengan Sir Enrique beberapa minggu yang lepas, bukan?"

"Ya, saya tahu. Sir Enrique sendiri ada bagitahu saya yang dia mahukan Melissa untuk ajar dia menari."

Peguam itu menghela nafas berat, sebelum dia kembali buka mulut. "Madam, adakah cik Melissa dalam keadaan terdesak sekarang?"

Madam Joan geleng kepala, ya. Dia tahu Melissa membesarkan adiknya yang sedang sakit tapi dia pasti yang Melissa bukanlah dalam keadaan yang begitu terdesak.

"Tak. Saya pasti dia bukan dalam keadaan terdesak, dia hanya bekerja keras untuk mengumpul duit, adik lelaki dia ada masalah jantung dan perlu dirawat segera. Saya tahu dia wanita yang rajin."

"Betul ke dia bukan dalam keadaan terdesak? Tapi kenapa sampai dia terfikir untuk mencuri barang kemas milik Cik Puan Annalise di Villa Casadea?" soal peguam itu pula sambil mengusap dagunya.

"Huh? Apa? Mencuri? Tak mungkin, saya kenal Melissa, dia bukan macam tu." Protes Madam Joan.

"Klient saya cukup bertolak ansur pada staf Madam, kami sendiri yang datang ke sini tanpa polis."

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now